nuffnang header

Thursday 7 March 2013

Drama Jodoh yang kelakar n layannn...

Hallo.... Assalamualaikum...

Memandangkan hari ni tak buat pape, kebosanan, takde aktiviti, baru lepas bagi kucing makan, baru lepas angkat call set interview keje next week, sambil tunggu Nuffnang premier screening The Call next week, =.=" Jadi hari ni nak share lah satu cerita drama yg santai, sempoi n kelakar. Actually, jarang jugak laa tengok drama-drama kat tb tu tapi boleh melekat pulak tengok crita ni. Hehe.


Drama ni sangat lively, bila tengok keluar mood ceria. Rasa happyyy je tengok. Haha. Kira ni cite yg ditunggu-tunggu la setiap minggu oleh my mum and I. Abg den pun dah join sekali follow crita ni. Ahakz. 


Ada sekali tu dinner terlajak masa. Lepas makan tu lepak2 lah depan tb, pastu macam teringat something, pastu tengok jam, 9.30. Pastu tengok my mum, pastu diri ini terus menjerit, "Umiiiii.....!!! Crita tuuuuuu...!!" . My mum dengan sepantas kilat menjawab jeritanku, "aaaAaaaaaaa.. cepat bukak crita tu.." *masing2 overreacted* kalau dah teringat terus jelah bukak channel tu, sempat lagi main jerit2??


 Yang pastinya hari tu dapat tengok crita tu setengah jam jela dek kerana makan dinner tak hengat dunia smpai berejam-jam. *timing lari* . Sedih. =( *macam laa Astro takde ulangan, kat internet pun boleh tengok ape*

Ini lah teaser photonya...~

Judul: Jodoh
Bermula 4 Februari 2013
Tayangan: Setiap Isnin
Jam: 9.00 malam
Channel: Astro Ria (104)
Sinopsis
Jodoh megisahkan seorang jejaka bujang bernama Azlan yang  
kacak tekad ingin mencari cinta melalui sebuah program mencari cinta dan jodoh yang diberi nama ‘Jodoh’. Di dalam program tersebut, Azlan dikehendaki untuk memilih seorang teman wanita daripada 10 orang peserta wanita sebagai calon jodohnya di mana mereka harus melalui proses penyingkiran setiap minggu.

Ketika berada di program tersebut, Azlan sangat terpikat dengan 
seorang wanita bernama Katya, akan tetapi disebabkan undian oleh para penonton dan peminat, Olly menjadi pilihan yang sesuai buat Azlan berbanding dengan Katya.

Oleh yang demikian, Azlan dipaksa oleh pihak produksi program 
untuk tidak menyingkirkan Olly dari program Jodoh dan ini 
menyebabkan kedua-dua mereka terjebak dalam situasi yang sangat lucu kerana mereka berdua tidak menyukai antara satu sama lain.

Apakah yang akan berlaku kepada mereka berdua ketika sesi program Jodoh dijalankan? Bagaimana Olly boleh menyertai program Jodoh dan apakah tujuan Olly menyertai program Jodoh?

Pelakon
Dazrin Kamaludin, Scha Alyahya, Reen Hashim (peserta Pilih Kasih), Hefny (On Air), Esma Daniel, Catriona Ross, dan ramaaiii lagi.

Ouh, btw selain dari Astro Ria, drama ni pun ditayangkan online di Astro Gempak. Jadi kalau ter miss di tv, boleh laa buka laptop dan tengok online ye. Tapiiii......kat situ rasanya ada episod 1 je, jadi kadang2 website Cerita Master ini yang diterjah sebab episod nye sentiasa di update dengan cepat. :)

Alright...entry ini di akhiri dengan trailer Drama Jodoh. Wassalam.. :D






2 comments: