nuffnang header

Friday 24 May 2013

Movie Review: Bikers Kental (Zizan Razak)

Yeszaa kembali lagi dengan movie review.. Kali ini cerita Melayu pulak. Encik rakan mengajak diri ini untuk menonton Fast & Furious 6. Tapi biasa lah cerita baru keluar, semua slot haruslah full kannn. Bikers Kental je yang macam menarik untuk di tengok. Itu pun tinggal front seat je. =.=" . So tawakal jela harap2 cerita ni best. (Bukan tak tengok movie melayu tapi selalu jugak laa terkena dapat cite yg ntah apa2 even Zizan n  Johan jadi tunjang utama, betul tak?)

Okayy tanpa membebel dgn lebih banyak lagi, jom lah start mereview cite ni. Ngehehe~

Bahasa: Melayu
Durasi: 95 minit
Tarikh tayangan: 23 Mei 2013
Genre: Aksi/Komedi (tak aksi sgt koott)
Pengarah: Helmi Yusof
Pelakon: Zizan Razak, Awie, Zul Ariffin, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Pornwipa Watcharakaroon, Julangtip Sukkasem, Amerul Affendi, Sufia Mohamed

Sinopsis
Kisah seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motor berkuasa besar. Beliau yang bekerja di sebuah garaj workshop motor milik abang sepupunya, Aidil Al Zaifa. Bidin mempunyai impian.Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi dan disukai ramai, Bidin telah ditawarkan peluang untuk berkonvoi bersama-sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil. Pengembaraan Bidin bersama Eddie Cuardo bermula dan dari sini, bermula pelbagai kisah, tragedi dan konflik diantara Bidin, Eddie dan Saiya Sukhaporn bersama rakannya Cherry Porntit, 2 orang gadis Thailand yang mereka jumpa ketika konvoi. 

Review
Sejujurnya mula-mula ingat cerita ni macam tak best je bila tengok trailer nye. Bila tengok tajuk pula, sure org pikir citer pasal mat rempit kan. Tapi sebenarnya tak. Citer ni pasal geng motorbike. Of course laa ada idea yg merapu, cite komedi kan. Tapi idea yg merapu tu lawaknya memang menjadi. So sgt2 not bad lah ini celita. 

Zizan mcm biasa lah dgn wataknya yang bersahaja. Tapi kadang2 memang meluat tgk dia dalam cite ni sbb mat gebang! Mat gebang tu apa? Haa..Orang yg suka cakap besar and bajet bagus. Hahah. Pastu suka buat masalah. Eii geram jek aku tgk ko ni zizang. Watak2 yg lain macam Awie, Zul Ariffin, Harun Salim Bachik okay2 laa. Semua balance. Watak Awie dalam cite ni watak serious tapi di tengah2 cerita ada komedi yang Awie bawakan. Menarik2. Memang kelakar. Haha!

Watak org jahat pulak mild je dalam cite ni. Actually macam takde pun takpe. Tapi dalam semua citer of course lah kena ada konflik. Kalau tak mendatar jela cite nye. Tak gitu? Jadi, watak jahat ditambah untuk konflik yg sangat ringan. Kite layan kan jela konflik tu kan. Ada part yang kelakar lagipun. Hehe.

Untuk komedi nye pulak. Ada part2 yg memang 'masuk air' laaaa. Bagi saya tu something new jugak laa. Hahah. Lawak2. Part si Bidin (Zizan) sedih n touching di awal2 citer sampaikan Eddie (Awie) pergi tanya n pujuk dia. Alasan touching tu mmg ntah pape laa kan. Tak penting langsung. Macam budak2! Haha. Then di tengah citer ada selit pasal komedi yg dibawakan Awie pulak mcm yg dah cakap td tu. Haa ada 1 lagi, scene dimana Zul Ariffin tanya Awie kenapa Awie baik sgt dgn Zizan si kaki gebang tu. Then Awie flashback balik memori dia n ckp dia ada alasan sendiri. Tapi memori Awie tu mmg sgt2 masuk air laa. Hahahah. 

Part wanita2 Thailand tu pulak biasa2 je. Agak cliche tapi ok jee. Fun jugak. Memang penambah perisa lah untuk citer ni. Dapat jugak Zizan awek Thai cun sorg. Haha!

Overall, citer ni dalam kategori komedi ringan. Okay jugak untuk sape2 yg nak relieve stress setelah penat bekerja. Eceyhh. Haha. Memang not bad and agak berbaloi untuk ditonton di panggung wayang. Kalau sape2 yg nak tgk Fast 6 tu tapi dah full, boleh la try pulak tengok cite ni. Support our local art sekiranya ianya berbaloi. Pendapat saya, citer ni pun agak berbaloi. Tapi ini hanya pendapat eksklusif saya (haha), kalau tak best jgn marah. 

Last but not least, as usual I will rate this movie and I give 4/5. ;)
Inilah trailer nyee. Sila-sila lah tengok~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest 2015 kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

1 comment:

  1. I know this if off topic but I'm looking into starting my own blog and was curious what all is required to get set up? I'm assuming having a blog like yours would cost a pretty penny?
    I'm not very web savvy so I'm not 100% certain.
    Any recommendations or advice would be greatly appreciated.

    Appreciate it

    Feel free to visit my web page ... workouts to increase vertical leap

    ReplyDelete