nuffnang header

Sunday, 10 May 2015

Cameron Highlands Day 2

Okayy..punyalah lama baru nak up part 2 pasal Cameron Highlands 2015. Hari kedua ni hari nak balik dah. Sebelum balik of course lah kena singgah dulu tempat2 yang menarik kat sini.  Tapi singgah tempat2 makan je, sebab nak balik cepat lah kata kan. Hehe.
Kalau kat Cameron Highlands, wajib lah singgah pasar Kea Farm. Menarik, banyak benda boleh beli. Sukaaa sangatt,, XD

Posing depan camera adalah wajib. Hehe. Tengok tu, semalam dah beli strawberry kat Pasar Malam, hari ni beli lagi.

Kat sini ada jual dried fruits. So terbeli lah jugak dried strawberry, asam2, and dried roselle. Yum yum yum. Tak tahu lah si Sofie tengah belek apa kat belakang tu. 

Lai lai lai. Fresh strawberries heerreeee!~

I bought strawberries from this auntie because she lets me taste it first. Orang lain bila kita tanya boleh try tak, buat2 tak dengar. Adoi. Kalau tak bagi try, cakap lah tak boleh. Kan sonang.

Semua dah lapar, lepas beli2 kat Kea Farm, kitorg terus mara ke Abang Strawberry. Memang aim nak makan nasi lemak sambal strawberry kat sini. Tapi... nasi lemak habis pulak masa ni, maybe nasi tengah masak kot, so kitorg proceed je order nasi kukus tapi dengan sambal nasi lemak dan of course sambal strawberry jugak.

Tadaaa. Nasi kukus ayam rempah telur mata sambal strawberry ikan masin n sambal ikan bilis. Not bad! It's good. Something new yang orang mesti try kalau datang Cameron.

Kat sini jugak boleh pluck strawberry sendiri. Harga lupa pulak tapi harga standard lah untuk pluck strawberry.

Another photo of strawberry plucking area kat Abang Strawberry ni.

Ni ole-ole yang beli kat Abang Strawberry, Strawberry White Coffee untuk Abah, Cameron Valley Green Tea untuk Umi anddd Sambal Strawberry Ikan Masin Extra Hot untuk both. Huhu

On the way nak balik tu, dorang tetiba stop dekat Cameron Valley. Nak minum teh katanya. So kita layankan aje. Lagipun boleh layan scenery yang cantik ni. Kan??

Hazelnut Milk Tea for our Tea Time!~

Satu lagi signature dish kalau datang Cameron.... Scones!! And also Blueberry Cheese Cake. Layaaannnnn~~

Dah makan semua, memang tak sah kalau tak turun Ladang Teh ni. Ambil gambar sampai lebam. Heh

Alright... babai Cameron! Thanks for being nice to us this time, sebab sejukkkkkkk sgt semalam and pagi ni. Bila dah tengah hari ni baru panas. Hehe. Dapat hiking di Mossy Forest, Gunung Irau would be one of our best experience. Till we meet again! Byeeeee!~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

Tuesday, 14 April 2015

Hiking Experience: Mossy Forest, Gunung Irau Cameron Highlands - Sejukkk sangat!!

So.... this is my first hiking experience. Before ni pernah masuk hutan biasa dan adventure trip dalam gua dekat Batu Caves. Ni first time kita panjat gunung. Alhamdulillah berjaya panjat and turun dengan jayanya walaupun hanya tidur 2 jam je. Khamis malam kerja sampai pukul 8 pagi, then Jumaat tu tidur dalam 2 jam je (biasa la siang memang susah nak tidur and petang tu kita masak2). Then malam Jumaat tu pukul 12 malam baru naik katil dan tidur-tidur ayam dan pukul 2 pagi bangun untuk mandi dan siap2. Sebab nya nak sampai di RnR Tapah pukul 5 pagi.

Kat RnR Tapah tu kira tempat berkumpul jugak lah sambil breakfast, tapau dan solat subuh. Lepas dah settle semua, bergerak ke Cameron Highlands lah kita.

Disebabkan banyakkk sangat gambar nak di share, jadi let the pictures do the talking yah!~
Mostly ramai yang pernah pergi tempat ni, ni lah laluan kalau nak pergi Ladang Teh Boh yang famous tu. Laluan yang sama ke Mossy Forest. Memang cantik kan view scene Ombak Rindu ni. Hehe
We're getting thereeee. Can you say the kabus-kabus? Wuuu
Ni tempat parking kereta. Memang sejuk kat sini, serious tak pernah rasa sejuk macam ni kat Malaysia. Last year pun ada datang Cameron tapi panas. Maybe sekarang musim sejuk kot dekat sini. Wallahualam. Hehe


Our couple shoes of the day ^_^


Peliqat Hikers. Semua jenis umur ada. Dari 18 tahun sampai 56 tahun. Of course lah kena ada otai yang lead kan


Let's start our wonderful journey. Hello nature!~ ( I was wearing two sweater at once because of the weather)


 Kita posing lagi~

 Kita pulak jadi photographer~

Rest sekejap atas pokok~


 Kitorang baru naik, ada group yang dah turun. Mari kita mendaki lagi!


 Masuk ke terowong masa. Bye bye. LOL

Aip aip!!


 Sampai di Mini Irau. Belum sampai ke puncak ye rakan-rakan. Rehat sebentar bersama.......

 Bersama cekelat! (bukan Kit Kat). Takde rasa lapar langsung pun sepanjang mendaki tapi kena makan untuk tambah energy. Air memang penting dan minum banyak. Tapi disarankan sebelum naik pergi toilet dulu sebab memang takde toilet sepanjang pendakian~


Pendakian diteruskan! Ayuh!

 Tadaaa!! Haa cantik tak? Welcome to the Lord of The Ring forest. Hehe

Beautiful scenery. Cantik sangat forest ni. Subhanallah ^_^


 Lepas sejam or lebih, sampai lah kami dekat dataran puncak Gunung Irau! Yes memang panas sebab dah kat puncak, dekat dengan matahari. Huhu

 The girlss~

 Kami~

 Kami lagi~

Acah-acah kebulur dan kelaparan. Haha


 Selesai rest2 sekejap dan makan, kitorang pun turun lah dalam pukul 2 petang. Tak boleh lama2. Haruslah sampai kat bawah sebelum gelap kan..

 Acah-acah stylo =p

 Bergambor lagi~

 We're gonna miss this place. Hehe

 Acah-acah gambar cover album~

 Be careful!
 Saya kat atas gunung! Haha

 Abaikan si mata juling, fokuskan kepada pohon-pohon yang menghijau~~

 Dah sampai bawah!! Serious serious seriously sejukkkkkkkkkk sangat bila dah sampai bawah, dengan baru lepas hujan nya, angin kuat berkabus, menggeletar badan. Sampai di bawah dalam pukul 5.30 petang. Borak2 pun mulut keluar asap tau, tak tipu. Siap ambil video lagi. Hehe

Last but not least, our last photo of the day! It was a great experience!


Kepada yang kaki2 hiking atau pun yang baru nak try hiking, masukkan Gunung Irau dalam list tau! Serius hutan yang cantik bangat plus nak rasa sejuk kat Malaysia, try lah pergi situ. Tapi kalau time pergi tu tetiba panas jangan marah kita pulak. I was lucky then to experience such a rare moment. Tapi kata nya kat situ memang weather nye sejuk cool2 gitew. Hehe.

Orait, part 2 of Cameron Highlands will be up next. Tapi tu just gambar2 melepak selepas hiking. Kitorang tidur 1 malam di Cameron Highlands sebabnya kalau nak drive balik KL terus memang parkinson lah jawabnya kaki kitorang kan. Hehe.

Till then! ~~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

Sunday, 15 March 2015

Homemade Wetfood Kucing

Harini nak share resepi wetfood kucing. Weee. Hehe. Tapi yang ni memang very the simple one lah. Ada lagi satu resepi yang gunakan agar-agar tapi that one nanti lah kita share. Yang harini nak share resepi ayam rebus+labu rebus je.


1. Potong labu dan buang biji2 tu untuk direbus.

2. Dah potong, ready untuk direbus. Rebus asing2 pun boleh, rebus sekali pun boleh. 

3. Dah settle rebus, buang kulit labu tu and masukkan dalam bekas. Gambar untuk ayam yang dah direbus tak sempat nak ambil sebab busy. Haha. Dada ayam yang direbus tu dicarik-carikkan je.

4. Gaulkan sekali dan boleh bagi diorang makan terus or simpan dalam fridge. Doneeee!! Senang je kan. Yang penting sihat dan kucing suka sangat2.

Tengok si Latte tu, dah habis dalam bowl dia, pegi curik ayam dalam bowl Shelly. Ish ish ish...

Memang kucing suka sangat2. Berbaloi Mummy dorang ni penat2 masakkan. (Padahal rebus je). Haha

Dah habis makan ape lagi. Terbongkang laaaa jawabnye.

p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)