nuffnang header

Sunday, 4 August 2013

Balik Kampung!!!

Aaaaaaa lamanya lamanya lamaaaa nya x update belog! Cian nyeee belog kite nii.. T_T . Pejam celik pejam celik 3 bulan dah x up entry baru. Ada jugak org yg contact tanya nape dah lama x update. Tak sangka pulak ada follower yg rindukan entry kite niii..wuuuu. *gedikss*. Terharu sebenarnya, igtkan takde org kisah. Hehe

Sebenarnya sejak2 dah keje ni, x sempat hapdet belog. Bila balik keje, asyik nak tidoooo jek, mmg terbelengkalai lah blog. Siannyaa lah ai my beby belog. Kihkih. Bila tgh movie latest2 pun rasa malas nak review. Adoi. Haa sape nak sy buat review on Pacific Rim or The Wolverine, roger2 lah ek. *dah lapuk baru nak buat review khenn* -_-

Okayy, sebenarnya entry kali ni sebab nak cite pasal balik kampung, Yeayy!! This is like my second entry kot sy nak cite psl my personal stuff. Basically, my blog entries would be things like product or movie reviews and other stuff other than my personal story mory. But this time is different since we're gonna celebrate our Hari Raya Aidilfitri in a few more days kan. So entry kali ni special sket lah. Hehe. =p

Seperti yg tertera di tajuk entry kali ni, nak cite pasal balik kg alkisah nyeee. Macam biasa lah, balik kg dgn my only big brotha yow since we're both living in Cyberjaya. Alhamdulillah jalan x jam langsung dan trafik sangat lancar sepanjang hari. Kih Kih. =D

Alright, now move on to the highlighted part of the journey. Kali ni perjalanan special sket sbb ditemani oleh si witty kiddy kitty cat.........................................baby LOLA!! (atau nama penuhnya Lola Bella Stella)

Tadaaa yaddaa!~ This is baby Lola (sj je ltk pic parkinson, dlm kete kan, susah benor nak snap gmbor *heh*)

Lola: Where am I ??

Before bawak bdk kecik ni balik, ada lah sikit2 google psl cara nak bawak kucing travel. Nak2 pulak utk kucing yg 1st time nak travel. Tapi 1 tips pun x ikut, meain redah je  bwk dia. Mmg gelabah lah bdk ni. Lola pun awal2 stay dlm kotak jek, tatottt katakann. Nasib laa sediakan kotak kat dia. Lepas dah lama sket baru nak try2 keluar tgk donia. Pastu dia jalan2 smbil bunyi2. Risau jugakk dia nak uh uh yak yak sbb before ktorg gerak dia x membuang. Lama tnggu dia mmbuang tapi x de jugak. So ktorg decide utk gerak jelah. Bila dia dh bunyi2 tu stop la kejap kat RnR Sg Buloh sbb Lola ni jenis mmbuang di toilet. Tapi bila stop dia senyap pulak so we continued our journey lah.

Her pinky gown dipakaikan utk membuatkan dia rasa lebih secure.

Lepas2 tu, dia dah start keluar dari kotak tapi still takut2. So kena lah pakai baju sbb dia ni suka pakai baju. Nak buat dia rasa lebih selesa. Ciannn bdk ni haaa. Lama lama lama lama dia dah ok dahhh. Dia dah rasa selesa travel dalam kete. Terus pose ala2 model gap kids. *Heh*

Nak tgk takkk???
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Tadaaaa..!! Omey tak Tak Tonnn??? Omeyyy......~~ *Hahaha*

Sampai2 umah igt dia nak mmbuang. Tapi x nak pulak, makan pun xnak. Terus main2 hyper aktif gile. Nasib baik laa dia x carsick. Hehe. So seminggu lah dia balik kg for the 1st time before balik ke Cyber. So far, nampak happy je dia balik kg. Time tido pulak, kalau kt Cyber x pernah2 nak tdo sebelah org atas katil, kat sini tdo nak rapat2 dgn org siap kena pelok lagi dgn dia. =.="

My mum pun happy lah sikit anak2 balik raya, cucu ber ekor pun balik kali ni. Kih kih. 

Jadi kalau sy rajin, lepas ni sy bagi lah tips2 utk bwk kucing travel ye. At least boleh la share sikit informasiss bersama2.

Sampai disini dlu entry sy pada hari yg mulia ini. Till then ya!

Selamat Berpuasa! ^_^



p/s: kpd opismatesss ku, selamat bekerja. bestnye lah aiii cuti semingguuuu..uihhh.. =p

Saturday, 25 May 2013

Choi Siwon Is My Dream Guy~

I like you Siwon oppa. Please come to Malaysia again. Wuuuuu T_T *ini entry mengada namanya*
I couldn't take my eyes off you whenever I saw your LINE TVC being aired on tv. Haishh!! Siwon oppa.....saranghae!~~
*eyes fixed on Siwon oppa* o_O




p/s: Missing my 'Siwon' so bad..but what can I do... hurm.

Friday, 24 May 2013

Movie Review: Bikers Kental (Zizan Razak)

Yeszaa kembali lagi dengan movie review.. Kali ini cerita Melayu pulak. Encik rakan mengajak diri ini untuk menonton Fast & Furious 6. Tapi biasa lah cerita baru keluar, semua slot haruslah full kannn. Bikers Kental je yang macam menarik untuk di tengok. Itu pun tinggal front seat je. =.=" . So tawakal jela harap2 cerita ni best. (Bukan tak tengok movie melayu tapi selalu jugak laa terkena dapat cite yg ntah apa2 even Zizan n  Johan jadi tunjang utama, betul tak?)

Okayy tanpa membebel dgn lebih banyak lagi, jom lah start mereview cite ni. Ngehehe~

Bahasa: Melayu
Durasi: 95 minit
Tarikh tayangan: 23 Mei 2013
Genre: Aksi/Komedi (tak aksi sgt koott)
Pengarah: Helmi Yusof
Pelakon: Zizan Razak, Awie, Zul Ariffin, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Pornwipa Watcharakaroon, Julangtip Sukkasem, Amerul Affendi, Sufia Mohamed

Sinopsis
Kisah seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motor berkuasa besar. Beliau yang bekerja di sebuah garaj workshop motor milik abang sepupunya, Aidil Al Zaifa. Bidin mempunyai impian.Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi dan disukai ramai, Bidin telah ditawarkan peluang untuk berkonvoi bersama-sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil. Pengembaraan Bidin bersama Eddie Cuardo bermula dan dari sini, bermula pelbagai kisah, tragedi dan konflik diantara Bidin, Eddie dan Saiya Sukhaporn bersama rakannya Cherry Porntit, 2 orang gadis Thailand yang mereka jumpa ketika konvoi. 

Review
Sejujurnya mula-mula ingat cerita ni macam tak best je bila tengok trailer nye. Bila tengok tajuk pula, sure org pikir citer pasal mat rempit kan. Tapi sebenarnya tak. Citer ni pasal geng motorbike. Of course laa ada idea yg merapu, cite komedi kan. Tapi idea yg merapu tu lawaknya memang menjadi. So sgt2 not bad lah ini celita. 

Zizan mcm biasa lah dgn wataknya yang bersahaja. Tapi kadang2 memang meluat tgk dia dalam cite ni sbb mat gebang! Mat gebang tu apa? Haa..Orang yg suka cakap besar and bajet bagus. Hahah. Pastu suka buat masalah. Eii geram jek aku tgk ko ni zizang. Watak2 yg lain macam Awie, Zul Ariffin, Harun Salim Bachik okay2 laa. Semua balance. Watak Awie dalam cite ni watak serious tapi di tengah2 cerita ada komedi yang Awie bawakan. Menarik2. Memang kelakar. Haha!

Watak org jahat pulak mild je dalam cite ni. Actually macam takde pun takpe. Tapi dalam semua citer of course lah kena ada konflik. Kalau tak mendatar jela cite nye. Tak gitu? Jadi, watak jahat ditambah untuk konflik yg sangat ringan. Kite layan kan jela konflik tu kan. Ada part yang kelakar lagipun. Hehe.

Untuk komedi nye pulak. Ada part2 yg memang 'masuk air' laaaa. Bagi saya tu something new jugak laa. Hahah. Lawak2. Part si Bidin (Zizan) sedih n touching di awal2 citer sampaikan Eddie (Awie) pergi tanya n pujuk dia. Alasan touching tu mmg ntah pape laa kan. Tak penting langsung. Macam budak2! Haha. Then di tengah citer ada selit pasal komedi yg dibawakan Awie pulak mcm yg dah cakap td tu. Haa ada 1 lagi, scene dimana Zul Ariffin tanya Awie kenapa Awie baik sgt dgn Zizan si kaki gebang tu. Then Awie flashback balik memori dia n ckp dia ada alasan sendiri. Tapi memori Awie tu mmg sgt2 masuk air laa. Hahahah. 

Part wanita2 Thailand tu pulak biasa2 je. Agak cliche tapi ok jee. Fun jugak. Memang penambah perisa lah untuk citer ni. Dapat jugak Zizan awek Thai cun sorg. Haha!

Overall, citer ni dalam kategori komedi ringan. Okay jugak untuk sape2 yg nak relieve stress setelah penat bekerja. Eceyhh. Haha. Memang not bad and agak berbaloi untuk ditonton di panggung wayang. Kalau sape2 yg nak tgk Fast 6 tu tapi dah full, boleh la try pulak tengok cite ni. Support our local art sekiranya ianya berbaloi. Pendapat saya, citer ni pun agak berbaloi. Tapi ini hanya pendapat eksklusif saya (haha), kalau tak best jgn marah. 

Last but not least, as usual I will rate this movie and I give 4/5. ;)
Inilah trailer nyee. Sila-sila lah tengok~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest 2015 kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

Tuesday, 21 May 2013

Product Review: Hiruscar (Skincare Gel for Scars)

Alrightt...setelah sekian lama malas nak buat product review, hari ni terasa nak menulis reviu pulak. Just a quick review lah kot on a treatment product so called~ Hirusscar~

Ahh, malasnya nak menulis! Tapi kalau dah start menulis memang panjang berjela kan. Tak reti nak stop pulak.. Apelah... ;p


Disebabkan muka ini sudah tidak licin seperti dahulu akibat terrrsalah guna produk, jadi bermulalah sesi memburu produk untuk mempercepatkan proses melicinkan kulitku kembali. Heh. Boleh baca luahan hati hamba yang kesedihan akibat muka tidak licin lagi di entry ---> INI (klik lah kalau rasa nak baca)


Salah satu produk yang kita dah try adalah Hiruscar. Hiruscar ni is a treatment product lah untuk reduce atau healing any scars di badan kita.

Ini lah pack Hiruscar yg dibeli. Exactly looks like this. RM17+ di Guardian. =)
Hiruscar Gel


  • Produk rawatan kecantikan.Gel merawat parut untuk kecantikan kulit.
  • Mengandungi Aloe Vera, Vitamin E dan Vitamin B
  • Melembap dan melindungi parut dan tisu
  • Mencerahkan ton warna kulit serta menyerlahkan kembali kehalusan dan kecantikan asli kulit. (amboii, kelasss kau maria)

Okayy...sekarang masa yang ditunggu-tunggu. Pengalaman diri ini menggunakan produk Hiruscar.Ngehee. Are you readayyy?? Alright, let's go! (let's go nak pi mana pun tatauu..ish ish ish..)


1. Tak ingat berapa minggu dah habis pakai produk ni tapi macam kurang berkesan di muka. Ada effect tapi maybe terlaluuu slow. Rasanya ni macam Bio-Oil kot. Berkesan dan nampak perubahan di kawasan badan yang lain, tapi tidak di muka. No no no. (Maybe akan berkesan tapi terlalu lama nak tunggu). Saya kurang sabar!! >.<


2. Packaging yang macam tak best sangat kot....kena hati-hati sikit pegang tube ni. Kalau tak, boleh bocor especially kalau kita pegang ganas-ganas. Hehe.


3. RM17+ untuk 5gm. Hurmm..No comment kot sebab produk macam ni memang mahal sikit kannnn.. o_O  Rasa-rasanya produk scar treatment yang lain pun mahal. Kot. Kan? Hehe.


4. Satu-satunya kebaikan produk ni ialah teksture gel nye yang transparent (jernih) dan wangi..So muka tak comot lah pakai menda ni. Haha.


5. Adakah produk ni di rekemenkan? Buat masa ni tak kot. Tapi untuk parut selain dari muka, rasanya berkesan tapi kena rajin lah sapu. Alternatif lain boleh guna Bio-Oil untuk sapu di badan..Ambil masa sikit, tak lama sangat dan result agak memuaskan. Untuk muka, again. No no no babeyh. Hehe.


Last but not leassttttt.. Hiruscar sebenarnya ada produk lain untuk Post-Acne treatment. Apa tu? Post-acne tu maksudnya selepas jerawat. Hehe. Meaning gel untuk disapu untuk parut jerawat. Baru je tau pasal ni. Mungkin yang tu baru berkesan di muka tapi tak pernah try so tak boleh buat review atau pun sebarang recommendation. Just to add some info to you lah people. In case you feel like want to try it, you can try it lah *slang inggelish kelate*

Inilah dia... Packaging color putih. Harga mahal sikit kot dari yang atas tadi.

Okayy..ni lah saje review kita pada hari ini ye.. Di harap info-info yang dikemukakan di blog ni memberikan manfaat kepada kita semua. Eceyhh..Haha XD

Tata!~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest 2015 kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)


Sunday, 19 May 2013

David Beckham bersara. Bye bye Legend~

Walaupun diri ini bukanlah peminat bola sepak tegar (disclaimer lagi), kadang2 je tengok bola bila ada mood. Tapi selalu lah jugak datang mood nak tengok bola tu kan..Hehe. Eh, ayat tadi tak habis lagi. Walaupun diri ini bukanlah peminat bola sepak tegar, tapi sape lah dalam dunia ni yang tak kenal David Beckham. Kan? Kan? Kan?

Dan baru-baru ni beliau dah mengumumkan pemergiannya (pemilihan perkataan kelasss giteww), dalam karier bola sepak ni. OMG.. sedih dowh..sape yg tak sedih. Wuuuuuu T_T. He's a legend dude. A truly LEGEND. Namanya pasti terpahat selamanya di arena bola sepak dunia (pergh ayat tak boleh blah lagi, ngehee). He's not just a football icon per se, he's fashion icon as well. Respect dude, respect! Hehe

Doesn't matter if you like him or dislike him, but this guy deserves all the respect in the world..                    
*A standing ovation for David Beckham*



Bye bye David Beckham. ='( 
Hi Hi Christiano Ronaldo =DDD
*propa semata-mata*



Diari Sedih Seekor Kucing

Tengah mengusha youtube, ternampak pulak video sedih ni..Oloohhh sedihnya kehidupan seekor kucing (dan juga haiwan2 lain). Sebab dorg cakap manusia tak faham, kan? So ckp sekor2 je laa.. Uhukkk. ='(

Kepada manusia yg tak suka kucing or haiwan lain, tak suka takpe.. tapi jangan la sepak2 dorg okayh? Kalau makan kat gerai tu, ada mknn lebih hulur2 lah sikit kat kucing2 jalanan. Apa salahnya buat pahala free kan? Hehe. Jom2 layan video ni di hujung minggu yang hening ni. ;)



Olohhh...cedihnye tucing2 ni..don't be tacing2 ='(

p/s: Tapi kalau kite baru balik keje pukul 8 pagi, n baru dapat tido, tapi dalam masa pkul 9pagi-12tgh hari asyik kena pijak2 je dgn kucing kite sbb dia nak mkn, n every time dalam 5x dia kejut tu kita bangun n bagi makan..itu apa kes pulak tu? Tuan pulak ke kena buat diari sedih?? *pengalaman diri sendiri* =_="


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest 2015 kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

Wednesday, 15 May 2013

Live Streaming AFC Cup 2013: Selangor vs New Radiant FC

Piala AFC 2013


New Radiant FC vs Selangor 
Stadium Rasmee Dhandu, Maldives
15 Mei 2013, 7 Malam
Astro Star Sport (Ch 813)
Live Streaming: bazookapenaka (klik)

Ni pusingan kedua kalah mati.. hopefully Selangor menang. Go RED GIANTS!! ^_^ 

* Keputusan perlawanan akan di update dari semasa ke semasa ;)


"97 (Extra time)New Radiant 1- 0 Selangor 
"105 (Extra time) New Radiant 2 - 0 Selangor