nuffnang header

Sunday, 26 March 2017

Makan Sedap Di Abang Steambot & Grill Cameron Highlands

Hi alls,

Dah bersawang blog ni.. hmm.. busy keje lah katakan. Tetiba harini rasa macam nak hapdate belog. So let's go to the point.

Kalau pegi Cameron Highland memang tak sah kalau tak makan steambot kan. Tapi tempat2 steambot selalu penuh especially weekend memang takde harapan lah. Then masa pegi last year, google2 lah juga tempat nak booking steambot. Sekali ternampak tempat steambot baru je bukak siap ada diskaun opening lagi time tu. Apa lagi kitorang pun terus booking lah.  Kalau tak silap, masa tu harga RM25/seorang.

Then malam tu ditemani dengan hujan renyai2 di Cameron Highland, kitorang pun berangkat untuk mengisi perut yang dah krok krok bunyinya. So memang ada banyakkk pilihan makanan sebenarnya. Disebabkan pergi last year, kena ingat balik apa yang ada kat situ. Antaranya, nasi lemak sambal strawberry kot (memang sedappp sambal dia), dessert (aiskrim), frozen seafood untuk steambot, raw fresh seafood, dan marinated raw meats untuk bbq. Dia punya marinated lamb, ya Allah memang sedappp sangat. Dia punya sedap tu sampaikan fiance kita (yang memang terkenal dengan pola makanan yang sedikit sebab nak jaga makan n kesihatan katanya) berulang-alik pergi refill lamb tu. Serious banyak gile kitorang makan malam tu.

Actually of course banyak gambar yang ambil malam tu. Tapi sebab malas nak godek2 balik gambar last year. So kita paste jela gambar dari IG. Lol.


Hmm.. tengok gambar pun dah teringat2 kesedapan masa ni ^_^

Muka-muka bahagia dapat makan sedap dikala kelaparan.


All in all kitorang memang puas hati sangat masa ni. Dengan bayaran yang murah dapat makan puas-puas yang sedap pulak tu. Tak pasti harga sekarang berapa, boleh check di fb diorang. Btw, this is not sponsored post, memang semua pujian disini berdasarkan pengalaman manis (cewahh) kami semata-mata. Memang kami bagi full 5 stars kat sini!


FB: Abang Steambot & Grill, Tanah Rata, Cameron Highlands
Phone: 016-2250315


1 comment: