nuffnang header

Thursday 17 October 2013

Jom bantu Kamal Affandi Hashim!!

Tengah usha2 facebook tadi, ternampak kawan share 1 blog entry ni. Blog Mazidul TV3 tu. Tajuk entry beliau macam familiar sebab ada sebut pasal Kamal Affandi? Sape encik Kamal ni? Beliau merupakan penganalisis jenayah. Agak terkenal. Selalu masuk tv dan selalu bagi ceramah di merata tempat.

Saya pun pernah jumpa Kamal Affandi ni beberapa tahun lepas. Lebih kurang 7-8 tahun lepas masa dia datang sekolah saya, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya untuk bagi ceramah keselamatan. Orangnya energetic dan kelakar. Banyak tips2 yg berguna dan byk ilmu yg dikongsi tentang cara2 mengelak jenayah which is very very useful especially to us, girls. He's such a nice guy. 

Pernah dgr juga sebelum ni yang kebelakang ni beliau ada sakit2 yg berkaitan congenital. Beliau di sahkan mengidap penyakit AVM, lebihan urat di kepala menyebabkan beliau menanggung sakit kepala yg tahap kritikal  Masalah yg timbul, syarikat2 insurans memang tak akan cover penyakit macam ni. Jadi kos pembedahan memang kena tanggung sendiri. Walaupun sakit, beliau masih lagi aktif memberi ceramah, berkongsi ilmu sambil mencari dana utk pembedahan beliau dgn hasil usaha sendiri.

Dari pembacaan di blog Mazidul, jumlah terkumpul sekarang RM 2430, memerlukan lagi RM38,000 utk beliau melakukan pembedahan. Jika 38,000 rakyat Malaysia menderma RM1 seorg, insyaAllah beliau dapat melakukan pembedahan secepat mungkin. Itu harapan kita.

Untuk yg ingin membantu, ni merupakan akaun bank beliau: Kamal Affandi Hashim - Public Bank 4007 85 2927

Selebihnya anda boleh membaca di blog Bersama Mazidul.

No comments:

Post a Comment