nuffnang header

Tuesday 10 February 2015

Spaghetti Yang Sedap Di Cyberjaya

Selama ni kalau rasa2 macam nak makan best sikit je, terus google cari tempat makanan yang best dan sedap di KL. Dah boring sangat dengan makanan kat Cyberjaya ni. Kadang2 tak tau nak makan apa. Mamak jela jawabnye kan. Manusia memang macam tu, omputih cakap take for granted giteww.. Sebabnya, ada je makanan2 best atau kekadang rare kat Cyber ni. Tapi bukan untuk makan hari2 lah, boleh kempis poket kan (macam tak biasa je poket kempis lepas seminggu gaji, ahaks). 

Jadi antara salah satu tempat yang best kat Cyber ni adalah sebenarnya Tokio Kafe. Kat sini ada western and japanese style. Ada sandwiches, burgers, pasta, bento, sushi dll. So far, makan spaghetti dekat sini memang tak mengecewakan.. sedap! Plus, ada satu spaghetti ni memang tak jumpa kat tempat lain. Maybe ada tapi kita je yg tak tahu kan. Hehe. Apa2 pun jarang lah jumpa kat tempat lain tapi ada kat sini dan boleh dikatakan spaghetti ni is my favourite pasta ever lah. Hehe.

Pasta With Tomato Cream Sauce & Prawn - RM16.90
Haaa nindia!! Nindiaaa!! (amboi over baq hang). Seperti namanya, rasa spaghetti ni masam2 lemak gitu.. Kira combination of tomato sauce (regular spaghetti sauce) dengan creamy sauce (carbonara sauce). Rasa nya tak pelik tapi sedap hokayhh! Kadang2 datang sini teringin nak try spaghetti carbonara tapi last minute akan tukar jugak, akan order dish ni sebab tau yg ni sedap. Hehe.

Originally spaghetti ni di serve dengan spaghetti noodle yang biasa tapi kita request nak fettucine sebab kita memang suka fettucine! (Sebab secara kampungnya kita lebih prefer laksam daripada laksa mungkin.. hmmm)

Next, apa lagi yang ada kat sini? Haa.. ada jugak baked rice.
Tomato Rice With Seafood - RM 15.90
Ini lah baked rice tu, atas tu cheese, bawah nye nasik, di baked kan bersama dan memang banyak lah seafood dalam tu. Air sebelah tu Carrot Milk - RM 4.90 tapi tak sedap! Tawar. Huhu. Too bad.

Rasa nya not bad, sedap jugak tapi portion nye macam sikit. Nampak tak bowl tu tak full pun, hanya 3/4 yang diletak. Ape ni, kedekut naww.. rasa macam baked rice kat tempat lain jugak tapi bukan kira signature dish of this restaurant lah.

Dah sudah makan, of course lah ada dessert. Kat sini memang agak banyak jenis kek2 untuk pemanis bibirmu dan tekakmu. Haha. Dan kek2 yang ada memang sedap dan cantik2 tapi kali ni kita try kek yang famous kat sini iaitu......... *drum rolll*......

Macadamia Cheese Cake - RM 11.80
Tadaaaa..! Macam la special gile kan nak drum roll bagai. Hehe. Macadamia Cheese Cake ni kira salah satu kek yang orang akan order kat sini, macam signature cake lah jugak. Mungkin sebab design nye yang simple ada kacang2 besar kat atas ni yang buat kek ni nampak simple but exclusive gitu.. Rasa sedap, tak muak, cheese tak terlalu pekat so boleh buat kita makan makan makan sampai habis tak sedar diri. Hehe.

Okay, waktu dessert adalah juga bersamaan dengan selfie time. Nah, amek! Hehe
Ouh abaikan jerawat2 di muka ku, bila lah nak hilang, bajet makan vitamin E boleh elok, tapi makin menimbun. -_- *sedih*

Chinese New Year is coming to town. So banyak lah lampu2 dan tanglung2 di pasang di sekitar Cyber sekarang ni. As you can see (boleh ke nampak?), tempat ni agak cozy, tak ramai orang, boleh lepak2 and chill2 lama. Ada tempat duduk sofa, ada tempat duduk half sofa, boleh pilih ikut keselesaan. I can say that this is a really nice place to chill out and catching up with friends. Ada free wi-fi jugaaa...

Kalau sesiapa yang memang duduk cyber, atau yang tetiba ada di Cyberjaya dan teringin nak makan spaghetti, I truly suggest this restaurant lah untuk try spaghetti kat sini. Tokio Kafe ni terletak sebelah2 dengan Old Town White Cafe, Padi, area2 Maybank dan CIMB besar kat Cyberjaya. Ouh, kawasan ni dipanggil Prima Avenue. 

Till then! Bye~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

2 comments:

  1. hi! i love your food review, layout simple dan gambar yg terang. this is my kinda favorite blog. keep it up!

    ReplyDelete