nuffnang header

Saturday 17 January 2015

K-Drama Pinocchio Yang Best

Sape suka tengok drama Korea sila angkat jari! Hehe. Okayy baruuuu je habis tengok final episode drama Korea yang latest sekarang ni, Pinocchio. Pelakon2 utama drama memang dikenali ramai lah kan, Park Shin Hye sebagai heroin dan hero nye adalah pelakon yang agak selalu jadi hero sekarang ni, lepas satu, satu drama dia, Lee Jong Suk.

Haa amek, gambar besar gedabak kita tunjuk. Hehe. Photo credits to Asianwiki

This is only a quick review lah ye. After 20 episod dah tengok cite ni, memang best. Starting dah nampak isi cerita yang agak heavy sebenarnya tapi rasa nak tengok and nak tahu. Lagipun hero and heroin dia kan cantik2. Haha. So teruskan tengok. Tapi plot makin lama makin menarik, walaupun isi nya heavy atau berat tapi pelakon2 pembantu memang best. Diorang main kan peranan untuk balance kan cerita ni. So cerita ni jadi tak terlalu berat dan best di tengok.

Memang suka sangat dengan semua pelakon pembantu, second hero biasa lah seorang yang boleh provide everything. Tinggi, kaya, kacak dannnn baik! Tapi cliche lah cerita Korea, second hero kena berkorban. Watak2 lain macam si datuk, si bapa heroin, colleagues hero and heroin SEMUA pandai mainkan watak masing2 dengan best sekali. Kadang2 diorg lawak kot. Haha.

Ouh, lupa nak bagitau benda yang paling penting sekali. Drama ni sebenarnya cerita pasal news broadcasting. Pasal wartawan dan pembaca berita. Macam mana diorg gali cerita, pilih cerita, manipulasikan cerita dan macam2 lagi lah. Best tengok diorg meeting. 

Watak antagonis dalam cerita ni ada 2 orang yang utama. Yang buat onar dekat si hero. Ceyhh.. Tapi ni lah beza nya cerita ni dari cerita yang lain2. Agak unik sebab si jahat mengeksploitasikan media untuk buat kerja jahat dia. Memang kira nya something new lah cerita ni. Another fresh and good idea as a drama.

Yang paling nak puji adalah episod terakhir, episod 20. Sebab tu lah rasa nak up entry ni. Hehe. Kalau episod akhir dia hampeh memang tak laa kita nak menaip sekarang ni sebab geram kan. Selalu juga terkena, cerita starting ok, pelakon famous2, sekali episod akhir macam hampeh. Sumbat2 semua dalam 1 episod lepas tu habis camtu je. Adoi. Habis semua feel tengok camtu. Cerita Pinocchio ni tak macam tu. Seriously ending dia di wrap up secara sangattt elok, sangat cantik. Suka suka suka. Haha. Takde yang rasa tak puas hati. 

Jadi sesiapa yang rasa nak try tengok cerita ni, nanti kat bawah boleh click link yang kita provide kan. Kat situ lah tempat kita buang Pinocchio Ep 1masa nak tengok drama atau show2 Korea. Haha. Kalau nak tau kenapa cerita ni nama Pinocchio, boleh la try tgk ye. Yang pasti nya ni bukan Pinocchio yang western punya, hidung jadi panjang bila membohong. Ni Asia punya Pinocchio. Haha. 

Click link ni Pinocchio Ep 1 untuk direct ke website yang boleh tengok drama Korea secara online. Enjoy watching! Taa!~~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

2 comments:

  1. Memang besh drama ni. First kdrama aku tonton selepas 10 tahun. :D

    ReplyDelete