nuffnang header

Saturday 17 January 2015

Cara Semak BR1M Secara Online

Hai Assalamualaikum......

Seperti tajuk kat atas ni......... sekarang ni tengah kecoh sangat pasal BR1M kann. Selain daripada tengah kecoh pasal perempuan Malaysia dipeluk artis KPOP. Ada yang dah terima BR1M ada yang belum. Bila kawan2 bagitau, "eh, BR1M dah masuk la, aku check account aku tadi dah dapat dah, yesss!" Jadi kita pun sepantas kilat ambil phone terus check account bank yang kita dah daftar tu nak check dengan hati berbunga-bunga kembang kempis sambil otak berpikir "apa aku nak shopping hari ni". Haha. 

Tetapi, bila dah check hampa seribu kali hampa bila tengok baki account masih lagi RM26.66. Hampeh. Hahah. Kecewa takkk? Sabar okayh kepada yang belum dapat. Jadi sebelum check account bank, ada banyak cara untuk check BR1M ni. Of course lah check account bank adalah perkara paling mudah sebab sekarang semua online kann. Tapi salah satu cara lain yang melibatkan online adalah semak status kita di website official BR1M.

Jadi, apa lagi? Laju2 click link Semakan BR1M Secara Online untuk check status korang sekarang. Kenapa belum dapat, diluluskan atau tidak. Korang kena masukkan IC No. korang dulu diikuti 2 soalan keselamatan. Lepas tu baru lah keluar status korang. Dan sebagai maklumat tambahan, ada tambahan nota dibawah status korang tu iaitu:

Maksud Status Permohonan BR1M

Permohonan Diterima        - Permohonan baru sahaja di daftar kan masuk dalam sistem
Permohonan Dalam Proses - Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan
Permohonan Lulus             - Permohonan berjaya! Yeay! 
Permohonan Tidak Lulus    - Permohonan tak berjaya, sila cuba tahun depan. Jangan sedih

Okay lah. Good luck kepada yang apply. Harap2 korang dapat lah ye. Dah dapat jangan lupa belanja kita. Hehe. ^_^


Bye!~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

2 comments:

  1. Org tua yg x larat nak kerja dapat BRIM logik la gak.
    Ni org muda yg masih kuat dan boleh bekerja dapat BRIM, apa cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kena propose dekat abg Najib lah kot. Haha. Plus atas diri sendiri, harap2 belia2 yang dapat tu gunakan sebaik mungkin, bagi kat mak bapak ke kan.. baru lah berkat bertambah2 rezeki yang ada..

      Delete