I like you Siwon oppa. Please come to Malaysia again. Wuuuuu T_T *ini entry mengada namanya* I couldn't take my eyes off you whenever I saw your LINE TVC being aired on tv. Haishh!! Siwon oppa.....saranghae!~~
*eyes fixed on Siwon oppa* o_O
p/s: Missing my 'Siwon' so bad..but what can I do... hurm.
Yeszaa kembali lagi dengan movie review.. Kali ini cerita Melayu pulak. Encik rakan mengajak diri ini untuk menonton Fast & Furious 6. Tapi biasa lah cerita baru keluar, semua slot haruslah full kannn. Bikers Kental je yang macam menarik untuk di tengok. Itu pun tinggal front seat je. =.=" . So tawakal jela harap2 cerita ni best. (Bukan tak tengok movie melayu tapi selalu jugak laa terkena dapat cite yg ntah apa2 even Zizan n Johan jadi tunjang utama, betul tak?)
Okayy tanpa membebel dgn lebih banyak lagi, jom lah start mereview cite ni. Ngehehe~
Kisah seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motor berkuasa besar. Beliau yang bekerja di sebuah garaj workshop motor milik abang sepupunya, Aidil Al Zaifa. Bidin mempunyai impian.Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi dan disukai ramai, Bidin telah ditawarkan peluang untuk berkonvoi bersama-sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil. Pengembaraan Bidin bersama Eddie Cuardo bermula dan dari sini, bermula pelbagai kisah, tragedi dan konflik diantara Bidin, Eddie dan Saiya Sukhaporn bersama rakannya Cherry Porntit, 2 orang gadis Thailand yang mereka jumpa ketika konvoi.
Review
Sejujurnya mula-mula ingat cerita ni macam tak best je bila tengok trailer nye. Bila tengok tajuk pula, sure org pikir citer pasal mat rempit kan. Tapi sebenarnya tak. Citer ni pasal geng motorbike. Of course laa ada idea yg merapu, cite komedi kan. Tapi idea yg merapu tu lawaknya memang menjadi. So sgt2 not bad lah ini celita.
Zizan mcm biasa lah dgn wataknya yang bersahaja. Tapi kadang2 memang meluat tgk dia dalam cite ni sbb mat gebang! Mat gebang tu apa? Haa..Orang yg suka cakap besar and bajet bagus. Hahah. Pastu suka buat masalah. Eii geram jek aku tgk ko ni zizang. Watak2 yg lain macam Awie, Zul Ariffin, Harun Salim Bachik okay2 laa. Semua balance. Watak Awie dalam cite ni watak serious tapi di tengah2 cerita ada komedi yang Awie bawakan. Menarik2. Memang kelakar. Haha!
Watak org jahat pulak mild je dalam cite ni. Actually macam takde pun takpe. Tapi dalam semua citer of course lah kena ada konflik. Kalau tak mendatar jela cite nye. Tak gitu? Jadi, watak jahat ditambah untuk konflik yg sangat ringan. Kite layan kan jela konflik tu kan. Ada part yang kelakar lagipun. Hehe.
Untuk komedi nye pulak. Ada part2 yg memang 'masuk air' laaaa. Bagi saya tu something new jugak laa. Hahah. Lawak2. Part si Bidin (Zizan) sedih n touching di awal2 citer sampaikan Eddie (Awie) pergi tanya n pujuk dia. Alasan touching tu mmg ntah pape laa kan. Tak penting langsung. Macam budak2! Haha. Then di tengah citer ada selit pasal komedi yg dibawakan Awie pulak mcm yg dah cakap td tu. Haa ada 1 lagi, scene dimana Zul Ariffin tanya Awie kenapa Awie baik sgt dgn Zizan si kaki gebang tu. Then Awie flashback balik memori dia n ckp dia ada alasan sendiri. Tapi memori Awie tu mmg sgt2 masuk air laa. Hahahah.
Part wanita2 Thailand tu pulak biasa2 je. Agak cliche tapi ok jee. Fun jugak. Memang penambah perisa lah untuk citer ni. Dapat jugak Zizan awek Thai cun sorg. Haha!
Overall, citer ni dalam kategori komedi ringan. Okay jugak untuk sape2 yg nak relieve stress setelah penat bekerja. Eceyhh. Haha. Memang not bad and agak berbaloi untuk ditonton di panggung wayang. Kalau sape2 yg nak tgk Fast 6 tu tapi dah full, boleh la try pulak tengok cite ni. Support our local art sekiranya ianya berbaloi. Pendapat saya, citer ni pun agak berbaloi. Tapi ini hanya pendapat eksklusif saya (haha), kalau tak best jgn marah.
Last but not least, as usual I will rate this movie and I give 4/5. ;)
Alrightt...setelah sekian lama malas nak buat product review, hari ni terasa nak menulis reviu pulak. Just a quick review lah kot on a treatment product so called~ Hirusscar~
Ahh, malasnya nak menulis! Tapi kalau dah start menulis memang panjang berjela kan. Tak reti nak stop pulak.. Apelah... ;p
Disebabkan muka ini sudah tidak licin seperti dahulu akibat terrrsalah guna produk, jadi bermulalah sesi memburu produk untuk mempercepatkan proses melicinkan kulitku kembali. Heh. Boleh baca luahan hati hamba yang kesedihan akibat muka tidak licin lagi di entry ---> INI (klik lah kalau rasa nak baca)
Salah satu produk yang kita dah try adalah Hiruscar. Hiruscar ni is a treatment product lah untuk reduce atau healing any scars di badan kita.
Ini lah pack Hiruscar yg dibeli. Exactly looks like this. RM17+ di Guardian. =)
Hiruscar Gel
Produk rawatan kecantikan.Gel merawat parut untuk kecantikan kulit.
Mengandungi Aloe Vera, Vitamin E dan Vitamin B
Melembap dan melindungi parut dan tisu
Mencerahkan ton warna kulit serta menyerlahkan kembali kehalusan dan kecantikan asli kulit. (amboii, kelasss kau maria)
Okayy...sekarang masa yang ditunggu-tunggu. Pengalaman diri ini menggunakan produk Hiruscar.Ngehee. Are you readayyy?? Alright, let's go! (let's go nak pi mana pun tatauu..ish ish ish..)
1. Tak ingat berapa minggu dah habis pakai produk ni tapi macam kurang berkesan di muka. Ada effect tapi maybe terlaluuu slow. Rasanya ni macam Bio-Oil kot. Berkesan dan nampak perubahan di kawasan badan yang lain, tapi tidak di muka. No no no. (Maybe akan berkesan tapi terlalu lama nak tunggu). Saya kurang sabar!! >.<
2. Packaging yang macam tak best sangat kot....kena hati-hati sikit pegang tube ni. Kalau tak, boleh bocor especially kalau kita pegang ganas-ganas. Hehe.
3. RM17+ untuk 5gm. Hurmm..No comment kot sebab produk macam ni memang mahal sikit kannnn.. o_O Rasa-rasanya produk scar treatment yang lain pun mahal. Kot. Kan? Hehe.
4. Satu-satunya kebaikan produk ni ialah teksture gel nye yang transparent (jernih) dan wangi..So muka tak comot lah pakai menda ni. Haha.
5. Adakah produk ni di rekemenkan? Buat masa ni tak kot. Tapi untuk parut selain dari muka, rasanya berkesan tapi kena rajin lah sapu. Alternatif lain boleh guna Bio-Oil untuk sapu di badan..Ambil masa sikit, tak lama sangat dan result agak memuaskan. Untuk muka, again. No no no babeyh. Hehe.
Last but not leassttttt.. Hiruscar sebenarnya ada produk lain untuk Post-Acne treatment. Apa tu? Post-acne tu maksudnya selepas jerawat. Hehe. Meaning gel untuk disapu untuk parut jerawat. Baru je tau pasal ni. Mungkin yang tu baru berkesan di muka tapi tak pernah try so tak boleh buat review atau pun sebarang recommendation. Just to add some info to you lah people. In case you feel like want to try it, you can try it lah *slang inggelish kelate*
Inilah dia... Packaging color putih. Harga mahal sikit kot dari yang atas tadi.
Okayy..ni lah saje review kita pada hari ini ye.. Di harap info-info yang dikemukakan di blog ni memberikan manfaat kepada kita semua. Eceyhh..Haha XD
Tata!~ p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest 2015 kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)
Walaupun diri ini bukanlah peminat bola sepak tegar (disclaimer lagi), kadang2 je tengok bola bila ada mood. Tapi selalu lah jugak datang mood nak tengok bola tu kan..Hehe. Eh, ayat tadi tak habis lagi. Walaupun diri ini bukanlah peminat bola sepak tegar, tapi sape lah dalam dunia ni yang tak kenal David Beckham. Kan? Kan? Kan? Dan baru-baru ni beliau dah mengumumkan pemergiannya (pemilihan perkataan kelasss giteww), dalam karier bola sepak ni. OMG.. sedih dowh..sape yg tak sedih. Wuuuuuu T_T. He's a legend dude. A truly LEGEND. Namanya pasti terpahat selamanya di arena bola sepak dunia (pergh ayat tak boleh blah lagi, ngehee). He's not just a football icon per se, he's fashion icon as well. Respect dude, respect! Hehe
Doesn't matter if you like him or dislike him, but this guy deserves all the respect in the world..
*A standing ovation for David Beckham*
Bye bye David Beckham. ='( Hi Hi Christiano Ronaldo =DDD *propa semata-mata*
Tengah mengusha youtube, ternampak pulak video sedih ni..Oloohhh sedihnya kehidupan seekor kucing (dan juga haiwan2 lain). Sebab dorg cakap manusia tak faham, kan? So ckp sekor2 je laa.. Uhukkk. ='(
Kepada manusia yg tak suka kucing or haiwan lain, tak suka takpe.. tapi jangan la sepak2 dorg okayh? Kalau makan kat gerai tu, ada mknn lebih hulur2 lah sikit kat kucing2 jalanan. Apa salahnya buat pahala free kan? Hehe. Jom2 layan video ni di hujung minggu yang hening ni. ;)
Olohhh...cedihnye tucing2 ni..don't be tacing2 ='(
p/s: Tapi kalau kite baru balik keje pukul 8 pagi, n baru dapat tido, tapi dalam masa pkul 9pagi-12tgh hari asyik kena pijak2 je dgn kucing kite sbb dia nak mkn, n every time dalam 5x dia kejut tu kita bangun n bagi makan..itu apa kes pulak tu? Tuan pulak ke kena buat diari sedih?? *pengalaman diri sendiri* =_="
Hello Hello Hello.. Lamanya tak update blog ni..Lindu nyee...Hehe.. (macam laa follower ramai khenn, pui!). Alright, hari ni kentalkan azam untuk update at least 1 entry. Kesian dah berhabuk dah my dearie bloggie. Huhuuuu ='( Okayy..alright..ikutkan macam2 cerita boleh di blog kan sebab macam2 barang baru dibeli untuk di review kan..ngeh ngeh. Disebabkan diri ini peminat bola sepak jugak sikit2..(sikit je, tak banyak) Jadi hari ni nak cakap pasal Ramli. Haa? Sape Ramli tu? Anak sape? Hehehe.. Kalau anda semua perasan dulu2 kat tv ada 1 iklan TM ni dulu pasal Ramli dan Kelab Bola Sepak Manchester United. Ingat tak? Tak ingaattt?? Okay, cer tgk video kat bawah ni kejap. Teheee
Haaa...does it ring a bell?? ;)
Jadi, 'follow-up' dari TVC (iklan) di atas, Telekom Malaysia (TM) - Man. United telah mengadakan 1 program untuk mencari pelapis bola sepak negara kita, Malaysia untuk digilap bakatnya dan menjadi pemain bola sepak tersohor bertaraf antarabangsa.
Inilah pemenang program Mencari Ramli Musim 1 =D
Jadi....pada tahun ini, Mencari Ramli Musim Ke-2 kembali!!
TADAAA..!!~
Mencari Ramli 2
Dengan kejayaan program Mencari Ramli Musim Pertama, dimana 3 pemenang dipilih. 2 pemenang terpilih melalui undian juri dan seorg pemenang melalui undian penonton tv. 2 pemenang telah diserapkan dalam Skuad Harimau Muda Bawah-21 dan seorg lagi finalis mendapat tempat sebagai 'striker' di US Arezzo Football Club bawah 17 tahun.
Selain tu, mereka juga memenangi trip ke Manchester United Soccer School dan trip ke Old Trafford (perghhhh..bestnyeeeee T_T ) dan lagi, mereka mendapat biasiswa selama 3 tahun di Frenz United Football Academy.
Audition
Audition pencarian Ramli 2 ni sebenarnya telah bermula Februari lalu dan lokasi pertama nya adalah di Jitra, Kedah. Kemudian diteruskan di Perak, Penang, Pahang, Terengganu, Johor, Kelantan, KL, Sabah, Melaka, dan akhir sekali Sarawak.
Audition di Sarawak akan bermula pada 18 May hingga 20 May 2013 di Padang B Petrajaya Kuching. Jadi orang Kuching, apa lagi? cepat2 lah bawak anak-anak anda, anak-anak saudara ke, adik ke pergi audition MR2 ni nanti. Rugi kalau tak cuba. Serioussslyyy rugi. Hehe
Konsep program
MR2 ni merupakan program bersiri berkonsepkan dokumentari+realiti yg mencari bakat pemain bola sepak Malaysia terbaik bawah 16 tahun. Mereka akan dihantar ke Manchester United Soccer School untuk di 'trained' dan digilap bakatnya utk menjadi "Ramli".
Objektif program
1. Menyediakan 'platform' utk pemain muda sepak untuk merealisasikan impian mereka.
2. Meningkatkan standard bakat pemain muda bola sepak tempatan.
3. Supaya ibu bapa melihat potensi dalam diri anak-anak dan menyokong pembabitan mereka sepenuhnya.
4. Untuk meningkatkan semangat Team Malaysia melalui program realiti ini.
Kriteria Ramli yg dicari
Remaja warganegara Malaysia yg berumur bawah 16 tahun yg sangat berbakat dan 'skilled' mcm Christiano Ronaldo (ngeh ngeh, psl CR tu saje2 tmbah sendiri =p ). Seorg yg boleh bekerja dlm berkumpulan ( a team player), dan mempunyai 'attitude' yg bagus serta semangat bermain bola sepak yg tinggi. (Passion is the must babeyh)
*MR2 mencari pemain yg PALING berbakat (the most talented player, he could be the best goal keeper, the best defender, the best midfielder, or the best striker)*
Jangan lupa saksikan program Mencari Ramli Musim Ke-2 setiap minggu pada hari Jumaat, pukul 7.30 ptg, bermula 19 April 2013, hanya diiiii..... TV3 ^_^
**Akhir sekali, sy nak kongsilah "Ramli" impian saya. Saya harap the next Ramli seorg pemain midfield yg sangat berbakat yg boleh juga boleh berfungsi sebagai striker dan defender pada masa yg diperlukan. Dia juga mesti mempunyai stamina dan semangat yang tinggi, kena lari laju (ngehee),dan fizikal nye mestilah tinggi dan mempunyai badan yg 'fit' (kelass gitewww =p ). Saya percaya negara kita mempunyai bakat yg macam ni, cuma kita je yg tak sedar. Hehe.
Majulah sukan untuk negara dan jgn lupa utk saksikan Mencari Ramli 2 di TV3!! Tataaa!~