Hey hey! Budak yang malas nak update belog ni akhirnya kembali menulis. Hehe. Ape ni, banyak material tapi malas nak share. Ish ishh.. So hari ni curi masa sekejap nak update pasal Suki-ya Japanese buffet & restaurant. Katanya SUKI-YA di Pavilion memang famous and tiap masa orang beratur nak makan situ. Maybe sebab SUKI-YA ni antara Japanese buffet yang termurah berbanding Japanese buffet restaurant yang lain.
The good news is... SUKI-YA baru buka branch di Alamanda Putrajaya dengan promotion nye, the 3rd person only have to pay RM1 for the buffet! Wow..haruslah guna kesempatan ini (even though I'm the one who paid for everyone, heh. Takpa sekali sekala belanja). Promosi ni kalau tak silap sampai 31st July 2015 ye semua.
Okay now mari lihat gambar2 dan makanan nyaa...~
Ini lah restoran nyaa.. Siap ada board harga dekat depan, senang lah orang nak tau budget untuk makan sini kan? Bagus2. Harga untuk lunch dan dinner slightly different.
For Adult Lunch: RM 29.80+
For Adult Dinner: RM 39.80+
For Kids: 50% Off dari harga buffet adult
*Harga untuk weekend & PH tambah RM 2 dari harga biasa
*Masa makan buffet adalah 2 jam - tambah RM 3.50 untuk setiap 15 minit
Cantik kan interior design kat sini. Fefeeling kat Jepun giteww =p
Ini lah tempat makan kitorang. Sangat cozy and rasa ada privacy sikit. Hehe
/
Haaa.. apa yang ada dalam mangkuk tingkat tu kan?
Dalam mangkuk tingkat ni adalah meaattt! Ada beef, lamb dan chicken. Free flow, kalau habis boleh mintak lagi ye. My personal favourite is the beef. Next time, I'm gonna ask for the beef only, gonna skip chicken and lamb.
Okayy.. dipping sauce yang diberi adalah soy sauce (maybe campur lemon juice or lime sbb ada rasa masam2 sikit) dan sambal belacan jepun. Serious tak tahu apa nama sauce tu tapi memang exactly macam sambal belacan and rasa sangat sangat sedap. Wow!~ Haha
Ouh by the way, ada jugak Healthy Bar kat sini, untuk direbus dalam sup tu. Kira ala2 steambot lah.
Di sebelah kanan ni, ada bahan2 yang boleh makan sebagai salad. Baby tomatoes tu sedap sebab rasa fresh. Hmm.. apa lagi yang ada kat bahagian Healthy Bar ni?
Ada sushi!! My favourite! Hehe. Yum yumm. Yang 2 jenis sauce sebelah kiri tu adalah salad dressing ye. Yang color hitam tu not sure tapi rasanya macam campuran olive oil, yang merah tu, campuran sesame oil, dan yang kuning tu adalah sos thousand islands. Di -sebelah kiri ada wasabi untuk sushi dan juga telur. Telur tu kalau ikutkan cara makan Shabu-Shabu, kita tak pecahkan dalam sup steambot tu tau. So how? Scroll bawah scroll bawah.
Okayy, ini telur tadi, dipecahkan dan dikacau2 hingga sebati.
Lepas tu ambil beef, daging yang disediakan memang dihiris nipis2 sebab untuk cepat dimasak.
Kemudian daging tu dip2 kan dalam sup, beef memang cepat masak, tak perlu rebus lama2. 2 pilihan base sup boleh dipilih daripada 4 jenis. Kami pilih kimuchi soup (sebab suka pedas) dan 1 lagi Sukiyaki (sup kicap manis sebab lepas ni nak dip dalam telur mentah). Lepas daging dah masak, terus celup dalam telur mentah tadi dan makan. Rasa nya ok, tak pelik. Gambar tak ambil detail sebab sibuk makan. Hehe.
Haa.. ni abang kandung kita, dia memang suka ikut cara kita makan (samalah dengan boypren kita), sebab diorang cakap they trusted me. I know how to eat deliciously gitu.. Haha. Tapi masing2 ikutlah citarasa masing2 okay. Btw, lepas dip dalam telur tu, sambal belacan tu tak ditinggalkan, sebab memang sedap sebagai dipping sauce.
Our group photo, abang ku masih sibuk dengan makanan nya sampai tak tengok camera.
Sesi makan diakhiri dengan eskrem. Boleh masukkan dalam cup macam ni atau pun dalam cone. Ada 3 mesin aiskrim untuk 2 flavour. 1 coklat, 1 green tea, 1 lagi campuran coklat+green tea.
Memang puas makan kat sini sebab memang kenyang. Rasa macam dah cukup lama makan, tapi di resit tu, kami makan dalam 1 jam 50 minit. So tak perlu risau kot kalau2 terlebih masa sebab 2 jam insyaAllah cukup. Lagipun kalau tak pasti dengan masa, anytime boleh tanya kat waiter berapa lama lagi masa yang tinggal. Kalau memang tak kisah nak bayar untuk additional hour, duduk lah situ borak2 baring2 tidur2 dulu (amboi over).
Ouh, last but not least, very important information untuk Muslim, Restoran SUKI-YA ni tak ada sijil Halal Jakim, tapi mereka guaranteed yang daging-daging yang disediakan adalah dari supplier yang halal dan tiada masakan berasas arak di sini. Dan di Alamanda Putrajaya, tiada alkohol dijual di sini.
Sekian..~