nuffnang header

Friday, 23 August 2013

Movie Review: KL Zombi (Zizan Razak)

Hey Hey Hey! Walaupun penyakit malas masih menguasai diri tapi rasanya macam rugi laaa tak review cite Malaysia kite ni. *cite The Conjuring dgn Percy Jackson tgk hari tu pun tak rasa nak review2 lagi* Tapi takpe, cite Malaysia akan di dahulukan kerana saya anak Malaysia. Dahhh start merepek dahhh... -_-

Okay2.. semalam berlangsungnya Gala Premier KL Zombi bertempat di e@Curve, Damansara. Thanks to Grand Brilliance and of course Nuffnang for giving me a pair of tix to watch this movie. Biasa lah, masa pegi confirm laa terpikir. Best ke takk cite ni. Harap2 Zizan best lah. Takut2 kalau jalan cite hampeh ke, at least kalau lawak Zizan menjadi, ok laa jugak. Hehe. *typical Malay mindset sbb dah terkena cite x best byk kali* o_O


Sampai2 jek dah nampak staff2 KL Zombi ramai kat lounge Cathay Cineplax tu. Yang tak boleh blah tetiba pulakkk ada Zombi2 muka ketat berkeliaran. Perghhh.. Cuak jugak Mak Jemah tgk2. Damn! Hahah. Terlari2 jugak la terkejut tgk muka dorg. Then nampak Zaliff Sidek n Azwan Melodi pun ada kat situ. Ouh, gambar x diambil sebagai prove sbb saya x suka bergambar. Apa laaa blogger x suka amek pic kan. Pelik kan. Nak wat camnooo.. T_T. Nanti2 try laa ubah habit ni. Tulis blog takde pic2 menarik mcm hapeee je kan. Borrinnggggg. Haha =p


Yang menariknya juga, tetiba nampak manager Zizan iaitu Marina Juki kalau x silap time tgh nak beli air, then pastu nampak Zizan kua bersama2 zombi dari preview lounge. Muka Zizan masa tu mcm ponattt jek. Byk keje ye bang. Hehe. Takpe. Siann. Nasib cite lu best. Keke =p


Tengokkk...panjang gila melalut. Okay, okay. Jom2 saya review cite ni okayhhh.. Let's ge it started! ;)



Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Durasi: 1 jam 37 Minit
Genre: Komedi/Aksi/Seram
Tarikh Tayangan: 29 Ogos 2013
Pengarah: Woo Ming Jin
Pelakon: Zizan Razak, Siti Saleha, Izara Aishah, Usop Wilcha, Zain Hamid, Yus Raja Lawak Eidil Putra, Azhan Rani
* Adaptasi dari novel Fixi Zombijaya - Adib Zaini*

Sinopsis
KL Zombi merupakan kisah 5 sekawan yg mempunyai cita-cita dan harapan tersendiri. Namun semua nya menjadi porak peranda apabila munculnya sejenis wabak bahaya yang menukarkan manusia menjadi dan merebak di sekitar Kuala Lumpur, 

Watak utamanya, Nipis (Zizan Razak) terpaksa bertarung nyawa demi menyelamatkan diri dan rakan-rakannya dari dijangkiti wabak berkenaan setelah ibu dan kakak kembarnya ( Izara Aishah) telah dijangkiti virus tersebut.

Review
Jalan cerita yg agak kemas sebab boleh nampak flow cerita dari awal sampai habis. Cerita tak lompat2 lah maksudnya. Di awal cerita, pengarah memperkenalkan barisan pelakon kiranya dimana 5 sekawan melepak menunggu bunga api new year. Scene ni actually macam simbolik yg menunjukkan kehidupan normal seseorg bergembira di tahun baru dgn azam yg baru dan mengimpikan kehidupan yg lebih baik akan datang. Namun, ada kejadian yg berlaku pada mlm tersebut yg mengubah segala-segalanya. Eceyhhh. Lagi satu! Ada sebab kenapa makanan favourite Zizan iaitu Char Kueteow a.k.a Kueteow basah diperkenalkan di awal cerita. He he he. (ni kalau pengarah dorg baca confirm dpt score 10/10 ni) =p

Konflik bermula pada keesokan harinya apabila Alif (Zain Hami) dan Ana (Izara Aishah) tetiba mengalami kejadian pelik menimpa diri mereka. Kejadian tu merebak dan meng huru hara kan keadaan. Satu-satunya org yg paling tenang masa tu adalah Zizan lah a.k.a Nipis. Sebabnya dia tak perasan lagi apa yg sedang berlaku pada masa tu. Mungkin dia bodoh sikit barangkali. Haha. Tapi memang banyakkkkk scene yg lawak time dia x perasaan tu. 

Jadi, sy boleh katakan lakonan Zizan memang menjadi dalam filem ni. Lawaknya menjadi. Sebelum pertengahan cerita, byk part2 yg sy gelak sampai sakit perut. Serious tak tipu. A full credit to Zizan for that. ;)

Mula dari pertengahan cerita, kurang sikit gelak tapi still ada part2 yg kelakar. Bila keadaan menjadi huru-hara, zombi semakin mengganas memang nampak macam agak bosan tapi nasib ada keadaan2 yg kelakar yg menyelamatkan cerita. Contohnya tetiba ibu Nipis menelefon dikala saat2 genting dan Nipis sgt2 sedih apabila ibunya diserang zombi saat itu. Kesedihan Nipis itu mcm sebagai "trigger" lah utk dia membalas dendam untuk ibu dan kakak kembarnya. Haaa. =D

Di saat kekalutan tu lah, Nipis mengenali Siti Saleha (tak igt nama dlm filem, hehe). Dimana mereka bersembunyi bersama beberapa org rakan yg lain yg masih selamat. Sambil mencari penawar untuk memulihkan org yg dijangkiti wabak tersebut. 

Mungkin boleh dikatakan part yg paling kurang menarik adalah semasa penawar sudah dijumpai dan cara mereka menyembuhkan org ramai. Haha. Part tu boleh diterima tapi maybe segolongan penonton akan pikir mcm "err apa ni?". But for me it's fine. I enjoy myself watching it because it made me laugh. LOL

Terdapat jugak aksi2 Zizan menumbangkan zombi2 dlm cite ni. Of course laa ada part yg kelakar tak serupa bikin tapi ada part dimana Zizan betul2 beraksi yg nampak style jugak laaa. Ouh! kredit juga diberikan pada scene2 aksi sebab tak nampak fake. Memang nampak mcm betul2 bagiii. Hehe. Kredit 1 lagi sy berikan masa awal2 cerita scene mat rempit kacau zizan. Hahahah. Itu memang betul2 lawak!

Apa yg off nye dalam cerita ni, yg sy perasan ada part2 yg di cut. Walaupun tak bagi effect sgt, meaning kita still faham bila tgk n ada setengah org maybe tak perasan pun, tapi still mcm a bit off kat situ. Hmm. Dan 1 lagu seperti dah mention kat atas, scene dorg menyelamatkan KL. Haha.

Konklusinya, untuk filem yg bergenre ringan2 mcm ni, agak berjaya jugak cerita ni sebab above expectation. Sape2 bosan n nak saksikan komedi n aksi ringan boleh tgk movie ni next week okayh. Sape yg suka dan rinduuuuu gle dgn lawak2 Zizan, anda dinasihatkan utk tengok. Kepada peminat2 Zizan rasanya akan puas hati jugak dgn cite ni. Kalau haters tuu...mungkin adalah menda boleh di isukan. Haha. I'm sooo neutral n I like this movie in its own way. Since cite ni above my expectation, therefore I should give my credit towards this movie. secara jujur, sy tak rasa menyesal tengok. =)

Lasttttly, I would rate this movie untukkk kategori filem yg ringan ye dan santai2 dengan 3.5/5

Ni official trailer nye


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest 2015 kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

No comments:

Post a Comment