nuffnang header

Tuesday, 14 April 2015

Hiking Experience: Mossy Forest, Gunung Irau Cameron Highlands - Sejukkk sangat!!

So.... this is my first hiking experience. Before ni pernah masuk hutan biasa dan adventure trip dalam gua dekat Batu Caves. Ni first time kita panjat gunung. Alhamdulillah berjaya panjat and turun dengan jayanya walaupun hanya tidur 2 jam je. Khamis malam kerja sampai pukul 8 pagi, then Jumaat tu tidur dalam 2 jam je (biasa la siang memang susah nak tidur and petang tu kita masak2). Then malam Jumaat tu pukul 12 malam baru naik katil dan tidur-tidur ayam dan pukul 2 pagi bangun untuk mandi dan siap2. Sebab nya nak sampai di RnR Tapah pukul 5 pagi.

Kat RnR Tapah tu kira tempat berkumpul jugak lah sambil breakfast, tapau dan solat subuh. Lepas dah settle semua, bergerak ke Cameron Highlands lah kita.

Disebabkan banyakkk sangat gambar nak di share, jadi let the pictures do the talking yah!~
Mostly ramai yang pernah pergi tempat ni, ni lah laluan kalau nak pergi Ladang Teh Boh yang famous tu. Laluan yang sama ke Mossy Forest. Memang cantik kan view scene Ombak Rindu ni. Hehe
We're getting thereeee. Can you say the kabus-kabus? Wuuu
Ni tempat parking kereta. Memang sejuk kat sini, serious tak pernah rasa sejuk macam ni kat Malaysia. Last year pun ada datang Cameron tapi panas. Maybe sekarang musim sejuk kot dekat sini. Wallahualam. Hehe


Our couple shoes of the day ^_^


Peliqat Hikers. Semua jenis umur ada. Dari 18 tahun sampai 56 tahun. Of course lah kena ada otai yang lead kan


Let's start our wonderful journey. Hello nature!~ ( I was wearing two sweater at once because of the weather)


 Kita posing lagi~

 Kita pulak jadi photographer~

Rest sekejap atas pokok~


 Kitorang baru naik, ada group yang dah turun. Mari kita mendaki lagi!


 Masuk ke terowong masa. Bye bye. LOL

Aip aip!!


 Sampai di Mini Irau. Belum sampai ke puncak ye rakan-rakan. Rehat sebentar bersama.......

 Bersama cekelat! (bukan Kit Kat). Takde rasa lapar langsung pun sepanjang mendaki tapi kena makan untuk tambah energy. Air memang penting dan minum banyak. Tapi disarankan sebelum naik pergi toilet dulu sebab memang takde toilet sepanjang pendakian~


Pendakian diteruskan! Ayuh!

 Tadaaa!! Haa cantik tak? Welcome to the Lord of The Ring forest. Hehe

Beautiful scenery. Cantik sangat forest ni. Subhanallah ^_^


 Lepas sejam or lebih, sampai lah kami dekat dataran puncak Gunung Irau! Yes memang panas sebab dah kat puncak, dekat dengan matahari. Huhu

 The girlss~

 Kami~

 Kami lagi~

Acah-acah kebulur dan kelaparan. Haha


 Selesai rest2 sekejap dan makan, kitorang pun turun lah dalam pukul 2 petang. Tak boleh lama2. Haruslah sampai kat bawah sebelum gelap kan..

 Acah-acah stylo =p

 Bergambor lagi~

 We're gonna miss this place. Hehe

 Acah-acah gambar cover album~

 Be careful!
 Saya kat atas gunung! Haha

 Abaikan si mata juling, fokuskan kepada pohon-pohon yang menghijau~~

 Dah sampai bawah!! Serious serious seriously sejukkkkkkkkkk sangat bila dah sampai bawah, dengan baru lepas hujan nya, angin kuat berkabus, menggeletar badan. Sampai di bawah dalam pukul 5.30 petang. Borak2 pun mulut keluar asap tau, tak tipu. Siap ambil video lagi. Hehe

Last but not least, our last photo of the day! It was a great experience!


Kepada yang kaki2 hiking atau pun yang baru nak try hiking, masukkan Gunung Irau dalam list tau! Serius hutan yang cantik bangat plus nak rasa sejuk kat Malaysia, try lah pergi situ. Tapi kalau time pergi tu tetiba panas jangan marah kita pulak. I was lucky then to experience such a rare moment. Tapi kata nya kat situ memang weather nye sejuk cool2 gitew. Hehe.

Orait, part 2 of Cameron Highlands will be up next. Tapi tu just gambar2 melepak selepas hiking. Kitorang tidur 1 malam di Cameron Highlands sebabnya kalau nak drive balik KL terus memang parkinson lah jawabnya kaki kitorang kan. Hehe.

Till then! ~~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

Sunday, 15 March 2015

Homemade Wetfood Kucing

Harini nak share resepi wetfood kucing. Weee. Hehe. Tapi yang ni memang very the simple one lah. Ada lagi satu resepi yang gunakan agar-agar tapi that one nanti lah kita share. Yang harini nak share resepi ayam rebus+labu rebus je.


1. Potong labu dan buang biji2 tu untuk direbus.

2. Dah potong, ready untuk direbus. Rebus asing2 pun boleh, rebus sekali pun boleh. 

3. Dah settle rebus, buang kulit labu tu and masukkan dalam bekas. Gambar untuk ayam yang dah direbus tak sempat nak ambil sebab busy. Haha. Dada ayam yang direbus tu dicarik-carikkan je.

4. Gaulkan sekali dan boleh bagi diorang makan terus or simpan dalam fridge. Doneeee!! Senang je kan. Yang penting sihat dan kucing suka sangat2.

Tengok si Latte tu, dah habis dalam bowl dia, pegi curik ayam dalam bowl Shelly. Ish ish ish...

Memang kucing suka sangat2. Berbaloi Mummy dorang ni penat2 masakkan. (Padahal rebus je). Haha

Dah habis makan ape lagi. Terbongkang laaaa jawabnye.

p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

Tuesday, 10 February 2015

Spaghetti Yang Sedap Di Cyberjaya

Selama ni kalau rasa2 macam nak makan best sikit je, terus google cari tempat makanan yang best dan sedap di KL. Dah boring sangat dengan makanan kat Cyberjaya ni. Kadang2 tak tau nak makan apa. Mamak jela jawabnye kan. Manusia memang macam tu, omputih cakap take for granted giteww.. Sebabnya, ada je makanan2 best atau kekadang rare kat Cyber ni. Tapi bukan untuk makan hari2 lah, boleh kempis poket kan (macam tak biasa je poket kempis lepas seminggu gaji, ahaks). 

Jadi antara salah satu tempat yang best kat Cyber ni adalah sebenarnya Tokio Kafe. Kat sini ada western and japanese style. Ada sandwiches, burgers, pasta, bento, sushi dll. So far, makan spaghetti dekat sini memang tak mengecewakan.. sedap! Plus, ada satu spaghetti ni memang tak jumpa kat tempat lain. Maybe ada tapi kita je yg tak tahu kan. Hehe. Apa2 pun jarang lah jumpa kat tempat lain tapi ada kat sini dan boleh dikatakan spaghetti ni is my favourite pasta ever lah. Hehe.

Pasta With Tomato Cream Sauce & Prawn - RM16.90
Haaa nindia!! Nindiaaa!! (amboi over baq hang). Seperti namanya, rasa spaghetti ni masam2 lemak gitu.. Kira combination of tomato sauce (regular spaghetti sauce) dengan creamy sauce (carbonara sauce). Rasa nya tak pelik tapi sedap hokayhh! Kadang2 datang sini teringin nak try spaghetti carbonara tapi last minute akan tukar jugak, akan order dish ni sebab tau yg ni sedap. Hehe.

Originally spaghetti ni di serve dengan spaghetti noodle yang biasa tapi kita request nak fettucine sebab kita memang suka fettucine! (Sebab secara kampungnya kita lebih prefer laksam daripada laksa mungkin.. hmmm)

Next, apa lagi yang ada kat sini? Haa.. ada jugak baked rice.
Tomato Rice With Seafood - RM 15.90
Ini lah baked rice tu, atas tu cheese, bawah nye nasik, di baked kan bersama dan memang banyak lah seafood dalam tu. Air sebelah tu Carrot Milk - RM 4.90 tapi tak sedap! Tawar. Huhu. Too bad.

Rasa nya not bad, sedap jugak tapi portion nye macam sikit. Nampak tak bowl tu tak full pun, hanya 3/4 yang diletak. Ape ni, kedekut naww.. rasa macam baked rice kat tempat lain jugak tapi bukan kira signature dish of this restaurant lah.

Dah sudah makan, of course lah ada dessert. Kat sini memang agak banyak jenis kek2 untuk pemanis bibirmu dan tekakmu. Haha. Dan kek2 yang ada memang sedap dan cantik2 tapi kali ni kita try kek yang famous kat sini iaitu......... *drum rolll*......

Macadamia Cheese Cake - RM 11.80
Tadaaaa..! Macam la special gile kan nak drum roll bagai. Hehe. Macadamia Cheese Cake ni kira salah satu kek yang orang akan order kat sini, macam signature cake lah jugak. Mungkin sebab design nye yang simple ada kacang2 besar kat atas ni yang buat kek ni nampak simple but exclusive gitu.. Rasa sedap, tak muak, cheese tak terlalu pekat so boleh buat kita makan makan makan sampai habis tak sedar diri. Hehe.

Okay, waktu dessert adalah juga bersamaan dengan selfie time. Nah, amek! Hehe
Ouh abaikan jerawat2 di muka ku, bila lah nak hilang, bajet makan vitamin E boleh elok, tapi makin menimbun. -_- *sedih*

Chinese New Year is coming to town. So banyak lah lampu2 dan tanglung2 di pasang di sekitar Cyber sekarang ni. As you can see (boleh ke nampak?), tempat ni agak cozy, tak ramai orang, boleh lepak2 and chill2 lama. Ada tempat duduk sofa, ada tempat duduk half sofa, boleh pilih ikut keselesaan. I can say that this is a really nice place to chill out and catching up with friends. Ada free wi-fi jugaaa...

Kalau sesiapa yang memang duduk cyber, atau yang tetiba ada di Cyberjaya dan teringin nak makan spaghetti, I truly suggest this restaurant lah untuk try spaghetti kat sini. Tokio Kafe ni terletak sebelah2 dengan Old Town White Cafe, Padi, area2 Maybank dan CIMB besar kat Cyberjaya. Ouh, kawasan ni dipanggil Prima Avenue. 

Till then! Bye~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

Friday, 23 January 2015

When Chocolate, Orange, Strawberry & Milk meet at Dal.komm Coffee

Okayy.. another quick entry on dal.komm cafe. AGAIN!! Hehe. Ni 3rd time kitorang pergi dal.komm untuk chill out sambil try other menu yang lain. Memang banyak betul pilihan minuman kat sini. Rasa rugi pulak kalau tak try. Hehe. Menu makanan or snack memang sangat terhad. Tapi untuk drinks, memang rambang mataaa. Hehe. 

Just another 2 drinks to share in this entry. One of it memang antara yang famous lah. Memang mostly bloggers will review on it. Apakah itu? Heheh, let's check it out!~

Orange Choco Cube - RM13.50
 Tadaaa! Ni lah so-called one of the famous drinks dekat dal.komm. Menarik tak? Fresh milk bersama cekelat berperisa orange.Menu ni ada hot je, takde cold ye, Why? See picture below

 Sebabnya orange chocolate cube tu kena dikacau dalam warm fresh milk ni. Sebab tu lah takde cold. Nanti makin membeku pulak cekelat tu kannn. Huhu. Cekelat ni dikacau2 sampai sebati seperti lagu cokelat kek dari Datuk Fazley Yaakob. Haha. Bila fresh milk tu bertukar color coklat, it's ready to drink! Rasa sedapp! Macam rasa hot chocolate, not too deep rasa chocolate nya. Mild but nice. Recommended!! Sorry pic yang dah sebati tak tunjuk sebab dah comot sangat cup tu nampak nye. Hehe. Kalau hari hujan2 rasa nak minum hot chocolate, boleh la try minuman ni, okayy??

Strawberry Cube - RM14.50
Walaupun nama nya cube tapi yang ni takde cube ye. Yg merah2 tu of course lah strawberry, yang putih tu tetap fresh milk. Hehe. Ingatkan strawberry tu rasa jem strawberry, tapi tak sebenarnya. Rasa macam strawberry dalam yogurt perisa strawberry. Huhu. Sedap! I like! Rasa macam air yogurt sikit tapi tak masam. Kalau masam sikit lagi best tapi ni pun still nice. 

Conclusion nye kita ni memang dah hooked up dengan dal.komm buat masa ni. Haha. Banyak lagi on list menu dal.komm yang nak try ni. Hehe. Kepada yang belum baca entry pasal dal.komm sebelum ni boleh la baca di sini yeee.. Sesi Mengopi Di Dal.Komm

Tq Adios Amigos!~~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

Saturday, 17 January 2015

K-Drama Pinocchio Yang Best

Sape suka tengok drama Korea sila angkat jari! Hehe. Okayy baruuuu je habis tengok final episode drama Korea yang latest sekarang ni, Pinocchio. Pelakon2 utama drama memang dikenali ramai lah kan, Park Shin Hye sebagai heroin dan hero nye adalah pelakon yang agak selalu jadi hero sekarang ni, lepas satu, satu drama dia, Lee Jong Suk.

Haa amek, gambar besar gedabak kita tunjuk. Hehe. Photo credits to Asianwiki

This is only a quick review lah ye. After 20 episod dah tengok cite ni, memang best. Starting dah nampak isi cerita yang agak heavy sebenarnya tapi rasa nak tengok and nak tahu. Lagipun hero and heroin dia kan cantik2. Haha. So teruskan tengok. Tapi plot makin lama makin menarik, walaupun isi nya heavy atau berat tapi pelakon2 pembantu memang best. Diorang main kan peranan untuk balance kan cerita ni. So cerita ni jadi tak terlalu berat dan best di tengok.

Memang suka sangat dengan semua pelakon pembantu, second hero biasa lah seorang yang boleh provide everything. Tinggi, kaya, kacak dannnn baik! Tapi cliche lah cerita Korea, second hero kena berkorban. Watak2 lain macam si datuk, si bapa heroin, colleagues hero and heroin SEMUA pandai mainkan watak masing2 dengan best sekali. Kadang2 diorg lawak kot. Haha.

Ouh, lupa nak bagitau benda yang paling penting sekali. Drama ni sebenarnya cerita pasal news broadcasting. Pasal wartawan dan pembaca berita. Macam mana diorg gali cerita, pilih cerita, manipulasikan cerita dan macam2 lagi lah. Best tengok diorg meeting. 

Watak antagonis dalam cerita ni ada 2 orang yang utama. Yang buat onar dekat si hero. Ceyhh.. Tapi ni lah beza nya cerita ni dari cerita yang lain2. Agak unik sebab si jahat mengeksploitasikan media untuk buat kerja jahat dia. Memang kira nya something new lah cerita ni. Another fresh and good idea as a drama.

Yang paling nak puji adalah episod terakhir, episod 20. Sebab tu lah rasa nak up entry ni. Hehe. Kalau episod akhir dia hampeh memang tak laa kita nak menaip sekarang ni sebab geram kan. Selalu juga terkena, cerita starting ok, pelakon famous2, sekali episod akhir macam hampeh. Sumbat2 semua dalam 1 episod lepas tu habis camtu je. Adoi. Habis semua feel tengok camtu. Cerita Pinocchio ni tak macam tu. Seriously ending dia di wrap up secara sangattt elok, sangat cantik. Suka suka suka. Haha. Takde yang rasa tak puas hati. 

Jadi sesiapa yang rasa nak try tengok cerita ni, nanti kat bawah boleh click link yang kita provide kan. Kat situ lah tempat kita buang Pinocchio Ep 1masa nak tengok drama atau show2 Korea. Haha. Kalau nak tau kenapa cerita ni nama Pinocchio, boleh la try tgk ye. Yang pasti nya ni bukan Pinocchio yang western punya, hidung jadi panjang bila membohong. Ni Asia punya Pinocchio. Haha. 

Click link ni Pinocchio Ep 1 untuk direct ke website yang boleh tengok drama Korea secara online. Enjoy watching! Taa!~~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)