nuffnang header

Friday 23 January 2015

When Chocolate, Orange, Strawberry & Milk meet at Dal.komm Coffee

Okayy.. another quick entry on dal.komm cafe. AGAIN!! Hehe. Ni 3rd time kitorang pergi dal.komm untuk chill out sambil try other menu yang lain. Memang banyak betul pilihan minuman kat sini. Rasa rugi pulak kalau tak try. Hehe. Menu makanan or snack memang sangat terhad. Tapi untuk drinks, memang rambang mataaa. Hehe. 

Just another 2 drinks to share in this entry. One of it memang antara yang famous lah. Memang mostly bloggers will review on it. Apakah itu? Heheh, let's check it out!~

Orange Choco Cube - RM13.50
 Tadaaa! Ni lah so-called one of the famous drinks dekat dal.komm. Menarik tak? Fresh milk bersama cekelat berperisa orange.Menu ni ada hot je, takde cold ye, Why? See picture below

 Sebabnya orange chocolate cube tu kena dikacau dalam warm fresh milk ni. Sebab tu lah takde cold. Nanti makin membeku pulak cekelat tu kannn. Huhu. Cekelat ni dikacau2 sampai sebati seperti lagu cokelat kek dari Datuk Fazley Yaakob. Haha. Bila fresh milk tu bertukar color coklat, it's ready to drink! Rasa sedapp! Macam rasa hot chocolate, not too deep rasa chocolate nya. Mild but nice. Recommended!! Sorry pic yang dah sebati tak tunjuk sebab dah comot sangat cup tu nampak nye. Hehe. Kalau hari hujan2 rasa nak minum hot chocolate, boleh la try minuman ni, okayy??

Strawberry Cube - RM14.50
Walaupun nama nya cube tapi yang ni takde cube ye. Yg merah2 tu of course lah strawberry, yang putih tu tetap fresh milk. Hehe. Ingatkan strawberry tu rasa jem strawberry, tapi tak sebenarnya. Rasa macam strawberry dalam yogurt perisa strawberry. Huhu. Sedap! I like! Rasa macam air yogurt sikit tapi tak masam. Kalau masam sikit lagi best tapi ni pun still nice. 

Conclusion nye kita ni memang dah hooked up dengan dal.komm buat masa ni. Haha. Banyak lagi on list menu dal.komm yang nak try ni. Hehe. Kepada yang belum baca entry pasal dal.komm sebelum ni boleh la baca di sini yeee.. Sesi Mengopi Di Dal.Komm

Tq Adios Amigos!~~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

Saturday 17 January 2015

K-Drama Pinocchio Yang Best

Sape suka tengok drama Korea sila angkat jari! Hehe. Okayy baruuuu je habis tengok final episode drama Korea yang latest sekarang ni, Pinocchio. Pelakon2 utama drama memang dikenali ramai lah kan, Park Shin Hye sebagai heroin dan hero nye adalah pelakon yang agak selalu jadi hero sekarang ni, lepas satu, satu drama dia, Lee Jong Suk.

Haa amek, gambar besar gedabak kita tunjuk. Hehe. Photo credits to Asianwiki

This is only a quick review lah ye. After 20 episod dah tengok cite ni, memang best. Starting dah nampak isi cerita yang agak heavy sebenarnya tapi rasa nak tengok and nak tahu. Lagipun hero and heroin dia kan cantik2. Haha. So teruskan tengok. Tapi plot makin lama makin menarik, walaupun isi nya heavy atau berat tapi pelakon2 pembantu memang best. Diorang main kan peranan untuk balance kan cerita ni. So cerita ni jadi tak terlalu berat dan best di tengok.

Memang suka sangat dengan semua pelakon pembantu, second hero biasa lah seorang yang boleh provide everything. Tinggi, kaya, kacak dannnn baik! Tapi cliche lah cerita Korea, second hero kena berkorban. Watak2 lain macam si datuk, si bapa heroin, colleagues hero and heroin SEMUA pandai mainkan watak masing2 dengan best sekali. Kadang2 diorg lawak kot. Haha.

Ouh, lupa nak bagitau benda yang paling penting sekali. Drama ni sebenarnya cerita pasal news broadcasting. Pasal wartawan dan pembaca berita. Macam mana diorg gali cerita, pilih cerita, manipulasikan cerita dan macam2 lagi lah. Best tengok diorg meeting. 

Watak antagonis dalam cerita ni ada 2 orang yang utama. Yang buat onar dekat si hero. Ceyhh.. Tapi ni lah beza nya cerita ni dari cerita yang lain2. Agak unik sebab si jahat mengeksploitasikan media untuk buat kerja jahat dia. Memang kira nya something new lah cerita ni. Another fresh and good idea as a drama.

Yang paling nak puji adalah episod terakhir, episod 20. Sebab tu lah rasa nak up entry ni. Hehe. Kalau episod akhir dia hampeh memang tak laa kita nak menaip sekarang ni sebab geram kan. Selalu juga terkena, cerita starting ok, pelakon famous2, sekali episod akhir macam hampeh. Sumbat2 semua dalam 1 episod lepas tu habis camtu je. Adoi. Habis semua feel tengok camtu. Cerita Pinocchio ni tak macam tu. Seriously ending dia di wrap up secara sangattt elok, sangat cantik. Suka suka suka. Haha. Takde yang rasa tak puas hati. 

Jadi sesiapa yang rasa nak try tengok cerita ni, nanti kat bawah boleh click link yang kita provide kan. Kat situ lah tempat kita buang Pinocchio Ep 1masa nak tengok drama atau show2 Korea. Haha. Kalau nak tau kenapa cerita ni nama Pinocchio, boleh la try tgk ye. Yang pasti nya ni bukan Pinocchio yang western punya, hidung jadi panjang bila membohong. Ni Asia punya Pinocchio. Haha. 

Click link ni Pinocchio Ep 1 untuk direct ke website yang boleh tengok drama Korea secara online. Enjoy watching! Taa!~~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

Cara Semak BR1M Secara Online

Hai Assalamualaikum......

Seperti tajuk kat atas ni......... sekarang ni tengah kecoh sangat pasal BR1M kann. Selain daripada tengah kecoh pasal perempuan Malaysia dipeluk artis KPOP. Ada yang dah terima BR1M ada yang belum. Bila kawan2 bagitau, "eh, BR1M dah masuk la, aku check account aku tadi dah dapat dah, yesss!" Jadi kita pun sepantas kilat ambil phone terus check account bank yang kita dah daftar tu nak check dengan hati berbunga-bunga kembang kempis sambil otak berpikir "apa aku nak shopping hari ni". Haha. 

Tetapi, bila dah check hampa seribu kali hampa bila tengok baki account masih lagi RM26.66. Hampeh. Hahah. Kecewa takkk? Sabar okayh kepada yang belum dapat. Jadi sebelum check account bank, ada banyak cara untuk check BR1M ni. Of course lah check account bank adalah perkara paling mudah sebab sekarang semua online kann. Tapi salah satu cara lain yang melibatkan online adalah semak status kita di website official BR1M.

Jadi, apa lagi? Laju2 click link Semakan BR1M Secara Online untuk check status korang sekarang. Kenapa belum dapat, diluluskan atau tidak. Korang kena masukkan IC No. korang dulu diikuti 2 soalan keselamatan. Lepas tu baru lah keluar status korang. Dan sebagai maklumat tambahan, ada tambahan nota dibawah status korang tu iaitu:

Maksud Status Permohonan BR1M

Permohonan Diterima        - Permohonan baru sahaja di daftar kan masuk dalam sistem
Permohonan Dalam Proses - Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan
Permohonan Lulus             - Permohonan berjaya! Yeay! 
Permohonan Tidak Lulus    - Permohonan tak berjaya, sila cuba tahun depan. Jangan sedih

Okay lah. Good luck kepada yang apply. Harap2 korang dapat lah ye. Dah dapat jangan lupa belanja kita. Hehe. ^_^


Bye!~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

Tuesday 13 January 2015

Virus Parvo Yang Sangat Bahaya Kepada Kucing

Hi, Assalamualaikum..

Hari ni kita nak cakap pasal benda serius sikit. Bukan pasal manusia tapi pasal living creature jugak iaitu pasal kucing. Topik ni serius sebab kita nak cakap pasal virus yang boleh membawa maut kepada kucing.

Kepada pencinta dan pembela kucing, ramai yang actually clueless lagi pasal virus kan. Certain org cakap, "dah berpuluh tahun saya bela kucing, sume sihat2 je takde pun yang sakit". Hehe. Betul lah tu, kita pun bela kucing dari kecik jugak, tak pernah nampak pun dorg sakit and terus mati. Tapi tu dulu masa kita kecik2 lagi. 2 tahun lepas lah yang merubah segala-gala nya. Ceyhh ayat. Haha.

Cerita nya begini, housemate kita bawak kucing dia ke vet untuk dimandulkan. Sebab kucing dia cepat sangat beranak. Lepas beranak, pregnant lagi, beranak lagi, pregnant lagi. Jadi, dia pun bawak lah kucing tu pegi mandul walaupun kucing tu ada anak2 yang masih menyusu. Mandul tu di buat dalam 1 hari je, pagi hantar dan petang boleh ambil balik dan vet tak suruh vaksin dulu sebelum operation tu. Ada 2 masalah di sini sebenarnya.

 (1) Sepatutnya vet suruh vaksin dulu at least 1 kali sebelum bawak untuk pemandulan. Kenapa? Sebab di vet dah bercampur bermacam jenis kucing (ada vet yg ambil patient anjing jugak), bermacam jenis penyakit dan bakteria yang ada di vet sebenar nya. Vaksin perlu untuk membantu badan kucing untuk melawan bakteria2 asing yang menyerang diorg especially di tempat baru.

(2) Memang banyak vet yang buat sesi pemandulan 1 hari sahaja. Tapi kalau macam tu, di rumah kena ada penjagaan yang rapi sebab kucing betina ambil masa yang lama untuk heal atau sembuh. Sekurang-kurangnya 2 minggu. Ada vet yang menyediakan free boarding 3 hari selepas operation. Salah satu daripadanya Klinik Haiwan & Surgeri Taman Equine. Bagi saya ini lagi baik daripada terus ambil bawa balik rumah dalam masa 1 hari. Kalau yang ada duit lebih boleh bayar untuk tambah hari supaya kucing tu di jaga di vet sampai sembuh luka operation tu.

Itu cerita kesalahan di vet yang dihantar tu. Yang lebih sedihnya, selepas kucing di bawa balik, biasalah dia akan lemah. Sehari lepas tu cage dibuka lah untuk dia jumpa anak2 dia dan menyusu (tak pasti sebenarnya boleh tak menyusu lepas operate tapi perut dia sepatutnya sakit lah masa tu). Dan selepas dari tu, anak2 yang menyusu tu mati satu per satu. Kita boleh nampak macam mana seksanya dorg mati, sebab dorg akan muntah kosong hijau/kuning dan akan keep cakap2 dgn kita (mungkin nak cakap yang dorg sangat sakit masa tu) dan ada yang masuk toilet sebab rasa panas. Ya Allah nak menitis mata rasa time type ni. Sebab teringat balik. Dan anak2 tu mati 1 demi 1 dalam masa seminggu. Si ibu pulak lepas tu masih macam tak sihat. Mulut berbau, air liur meleleh dan housemate bawa ke vet semula. Vet tu cakap takde masalah dengan operation mandul tu, tapi kucing tu dah terkena virus. ........................ Boleh tak rasa nak marah... kita yang dengar ni pun sakit hati. Memang la takde masalah mandul tapi vaksin adalah benda yang basic kooottt!!  Nak hantar boarding pun orang wajib kan untuk vaksin, ini kan pulak melibatkan operation. Adoiii laaaaah. Jadi ceritanya, akhirnya si ibu kucing pun meninggal selepas tu.

Kepada yang tak tahu, virus tu bukan hanya melekat kat badan kucing, dia boleh hidup di sekitar rumah jugak. Sebab tu kalau ada kucing yang mati sebab virus, doctor akan suruh kita basuh rumah and basuh semua peralatan kucing dengan clorox. Ada seekor lagi kucing yang ada masa tu, kucing yang saya jaga. Umur dia dalam  4 bulan masa tu, selepas yang lain2 tu dah takde, kucing yang saya jaga tu murung lah sedikit. Lepas tu nampak mcm dia duduk cara kucing sakit. Macam tak selesa. Then nampak cara dia telan air liur mcm susah. Dah sudah, kita takut lah kalau dia terkena virus tu. Bawak lah pergi vet untuk check dan buat apa yang patut. Niat di hati nak vaksin. (Masa tu jahil lagi, kucing yang tak sihat or demam tak boleh vaksin ye tuan2 dan puan2). So cerita la dekat doc apa yang jadi semuanya. Dia ada tanya lah pasal simptom2 lain. Disebabkan dia masih lagi selamat, takde simptom lain selain air liur meleleh tu, doc sarankan bagi dia makan ubat antibody. Nak vaksinkan tak boleh lagi sbb doc check2 perut dia and rasa macam pregnant. (Tapi lepas tu dia tak pregnant pun, atau keguguran awal mungkin). Lepas bagi ubat antibody tu Alhamdulillah dia sihat terus sampai sekarang.

Point yang penting kat sini, virus tu virus apa? Virus tu namanya FPV, nama panjang nak kena type jugak ke kat sini? Sila google lah ek sebab panjang sangat. Ataupun orang panggil virus parvo. Virus ni bahaya sebab dia akan makan sel darah putih kucing dalam masa yang sangat singkat. Tak sampai seminggu kucing dah boleh takde. Memang kucing dah susah nak sembuh once dia dah terkena virus ni. Kita dah experience depan mata, jadi dah tau macam mana seksanya dorg bila dah terkena.

Macam mana nak elakkan kucing kita daripada terkena virus ni? Caranya adalah vaksin. Ada orang memang skeptikal dengan vaksin. Katanya anak dia sendiri dia tak vaksin kan, ini kan pulak kucing sebab tu semua agenda barat. Vaksin lah sebenarnya pembawa penyakit. * Krikk krikk krikk* . Taknak condemn fahaman orang lain, kalau dia berpendapat macam itu, takpelah. Tapi ni pendapat saya. Kita tengok surat beranak kita pun ada rekod vaksin 3x. Itu pun zaman 1989. Ni dah zaman 2015 masih lagi orang taknak terima vaksin. Takpelah, yang kita pasti selama hidup ni alhamdulillah kita jarang sakit walaupun yang sakit ringan2. Demam kadang2 tu biasa lah. Tapi kalau setakat kena hujan ke ape ke, memang tak demam walaupun tak terus mandi lepas tu. Panadol kita jaranggg sangat makan selama 26 tahun hidup ni. Sama lah jugak dengan kucing. Diorang pun perlukan vaksin untuk tolong badan diorang melawan penyakit.

Tapi... tapi.. ada banyak jugak kes kucing mati selepas vaksin tau. KENAPA? Ada banyak faktor sebenar nya. Seeloknya kucing dihantar vaksin selepas 3 bulan. Sebab badan dia dah stabil masa tu dan boleh terima ubat dari luar. Kebanyakan kes kucing mati selepas vaksin adalah kucing yang masih kecil. Kadang2 bawah 2 bulan. Haih. Ada 4 syarat utama untuk kucing tu boleh divaksin. (1) Kucing sihat and aktif ke tak. Sebelum vaksin doctor akan tanya kucing ni kat rumah macam mana, ada macam demam2 tak. (2) Macam mana dia punya poo. Ada cirit tak? Kalau cirit mungkin kucing tu tak sihat masa tu dan tak boleh vaksin ye. (3) Doctor akan check berat kucing tersebut. Tak pasti berat yang sepatutnya sebab kita bukan vet ye tapi sangat2 sarankan berat dorg dah 1kg ke atas. (4) Doctor akan masukkan (atau sula, hehe) termometer kat bontot kucing tu untuk check suhu badan kucing. Kalau semua empat2 ni pass, baru boleh vaksin.

Selepas vaksin, 1 lagi hal. Ada yang mandikan kucing pulak. No no no. You cannot mandikan kucing seminggu selepas vaksin. Doctor akan bagitau jadi dengar betul2 apa yang doctor bagitau. Kalau doctor tak bagitau, sila tukar klinik anda okayh. Dan ubat dan kandungan vaksin berbeza ikut brand yang vet tu guna. Ada yang mungkin tak serasi dengan kucing kita, sebab tu la ada masalah selepas vaksin. Selepas vaksin doctor akan pesan jugak, kalau kucing macam demam, sila bawa balik ke vet. Setakat ni kucing2 yang kita vaksin semua sihat2. Takde masalah selepas vaksin. Dah complete 3x vaksin, dan selepas 3 bulan berturut2 vaksin, hanya tinggal yearly vaksin sahaja. 

Okay last info, kalau vaksin kena 3 bulan keatas seeloknya, macam mana pulak untuk kitten bawah 3 bulan? Diorg lagi la senang kena virus dan takde protection. Kan? Ada solution dan pencegah nya. Kan kita ada cerita kat atas kan pasal kucing kita tak boleh nak vaksin sebab suspected pregnant tapi doctor suruh bagi ubat antibody. Ubat yang sama boleh juga bagi dekat kitten seawal umur dorg 2 minggu. 

Ni lah ubat yang diperkatakan. Vetri DMG Liquid - RM38 . Kebanyakan vet/klinik ada jual brand ni. Kalau petshop biasa mostly jual brand lain. Tapi I'll stick with this brand. Sorry pic kurang jelas sebab snap dari phone aje. Btw, Vetri Dmg ni ada juga bentuk pil tapi liquid lagi lagi lagi senang nak feed kucing sebenarnya. Picit je masukkan cecair dalam mulut and dorg akan tertelan. Untuk kucing yang tak sakit pun boleh makan ye, sebab ni untuk boost antibody, kira supplement jugak
Terlanjur cerita pasal ubat, nak share 1 lagi ubat bagus. Ni ubat mata, ada kitten kita 2 ekor mata bertaik mata, kadang2 sampai tak boleh bukak especially time bangun pagi. Lepas letak ubat ni kat mata, zass! Terus cantik gila mata dorg. Walaupun kat description tu tulis kena letak 2-3 kali sampai mata dorg ok, pakaikan sekali je kat dorg terus ok sampai sekarang. Tak tau nak sebut nama apa ubat ni, maybe LC kot. Haha so LC - RM9.50 dan RM8.50 untuk harga VIP di Pet Micasa

Okayyy done cerita pasal benda serius, now to end this entry, kita nak spam gambar2 kucing kita yang sekarang 9 ekor ni. Hehe

Budak ni namanya Lola, the household of the family. Dia lah mak dan nenek untuk kucing2 yang dekat rumah ni sekarang

Ini anak2 Lola, semua dah dewasa. Yang hitam tu Tamminie namanya, dah ada anak. Yang pic kanan atas tu Mok, dah membesar jadi jantan pondan, dan yang di bawah kanan tu Babu. Tapi Babu dah hilang sebab kena kejar dengan kucing jantan di luar rumah. Mungkin dia lari and sesat, tapi dah jalan2 1 kawasan residential tetap tak jumpa. Harap2 ada yang menjaga dia dengan baik. Hmm

This is another photo of Mok Pondan. Hehe. Tengok tu, sibuk je dia nak tengok cermin jugak. Nak dapatkan tips kecantikan kerrrrrrr..?? Haha

Ini anak2 Tamminie. Dorg la budak paling ganas sekali buat masa sekarang. Habis rumah bersepah sebab dorg. Nak2 pulak dorg ajak mak and pakcik dorg main sekali. Memang tunggang terbalik lah rumah

Ini budak paling kecik dalam rumah ni. Anak Lola 3rd batch, dorg pun semakin mengganas sekarang tapi versi lemah lembut sikit.

Hehe. Dannnnn kita baru rescue 3 ekor lagi anak kucing. Adoi doi doi. Tu memang totally kucing lain tapi kita rescue sebab dorg macam tak terjaga. So kena jaga lah kejap sampai besar sikit and rehome kan dorg kepada family baru. Tapi pic dorg tak ambil, malas. Huhu.

Till then... senyum and sengih selalu... Byeeeee!!~~

p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

Monday 12 January 2015

Sesi Mengopi Di dal.komm Coffee @ DPulze Cyberjaya

Hai! Hari ni kite nak update pasal kopi pulak. Lately ni tetiba suka pulak ngopi session tapi takde lah selalu sangat. Kadang-kadang je. Jadi memandangkan ada new coffee house on the block, haruslah kita mencuba nye. Hehe.

Sape pernah dengar dal.komm coffee? Haa katanya ni franchise originally dari Korea Selatan. Kalau tengok2 drama Korea kan, dorg salu kena sponsor dengan sesebuah restaurant tu n bila minum air, asyik tunjuk nama kedai je kan. Haha. Ini adalah salah satu daripadanya lah. Dorg macam nak commercialized kan brand dorg dan baru-baru ni dengar cite kumpulan Ballad, 2 AM datang ke Malaysia untuk sesi perasmian.

Okay jom tengok apa yg kite order n torai kat sini. Hehe.

First sekali nak tunjuk ni lah style dal.komm coffee ni, Better Beans, Better Music, Better Place katanya. Jadi, setiap outlet disediakan beberapa iPad untuk kite relax dengar muzik sambil chilling2 minum kopi

This is Hot Caramel Macchiato. Nampak cantik kan? Hehe. Untuk hot coffee ni kalau tak silap lah boleh pilih antara mild, rich or deep. Harga untuk coffee ni RM13.50

Next..... this is my drink! Hehe. Ini namanya Honey Coffee Cube, sedap sebab tak terlalu manis, tak pahit, tak masin. Hehe. Just nice je rasanya. RM13.50 jugak

Choco Lava Bingsu - RM18.90
Chicken Floss Benedict - RM15
Okayy yg belah kiri ni kira salah satu signature dal.komm lah iaitu Bingsu. Bingsu ni kalau dlm BM nye ais kacang atau ABC, dlm BI nye Iced Shaved Dessert. Ada 3 atau 4 jenis Bingsu kat sini. Yang ni namanya Choco Lava Bingsu. Tapi bagi kite lah kan, bingsu ni terlampau manis. I love sweet things but I can't really deal with too much sweetness at a time. Haha. Apa kita mengarut ni. Tapi untuk yg suka manis, boleh je sekali sekala nak lepaskan rasa mengidam, boleh try makan ni. Untuk yang sebelah nye tu pulak, Chicken Floss Benedict, ok jugak sedap tapi harga nya actually mcm overpriced untuk makanan snack or simple macam ni. Tapi lepas makan ni, you have to deal with mulut bau telur! Haha. But the taste is still quite nice though. XD

Sesi mencuba try test. Haa nampak tak kebesaran bingsu tu. Memang tak habis lah kalau makan sorang. Makan berdua pun separuh je dapat habiskan. Abaikan muka serabai, almaklum lah dal.komm ni sekangkang kera je dari rumah

Last but not least, ni kite bagi free commercial untuk dal.komm. Haha. Btw kalau perasan kenapa baju kite macam lain je dari pic atas walaupun color nye sama? Cerita nya 2x pergi dal.komm pada hari yang sama hari tu. Sebab tengah gile nak makan benda manis. Huhu ^_^

All in all, dal.komm ni tempat yang ok jugak untuk chill out dalam keadaan yang relax2 sikit. Kalau lepak mamak maybe bising kan, kat sini tenang sikit and ada free wifi. Macam lepak kat Starbucks jugak lah, tapi Starbucks lagi cozy sebab coffee house yang besar tapi drinks kat situ terlampau manis. Kat sini boleh je duduk lepak lama-lama online, dengar lagu, buat keje, buat assignment, tengok cerita korea online ke, borak heart to heart ke, eh?? Haha.

Conclusion nye, I will come again for the third visit later on to try their Orange Choco Cube. Ramai yang cakap sedap dan jarang jumpa lah kan. Tak sabar pulak nak try! (tetiba excited).

Chiowz!~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

Sunday 11 January 2015

Deep Blue Seafood Buffet Dinner Di Lemon Grass Cafe @ Shangri-La Hotel

Ehem ehem.. panjangnye title kite harini. Setelah setahun menyepikan diri, I'm back with a new entry on a new year, 2015. Hehe. Excited sebenarnya nak start new entry. Banyakk sgt materials n byk sgt review pending. Tapi harini nak cite n review pasal seafood buffet yg agak femes diperkatakan oleh org ramai. Plus, haritu kite celebrate birthday kite kat situ. Heee. Almaklum lah suka makan, soooo buffet adalah salah satu tempat yg sesuai utk memboncetkan perot di samping menggembirakan beseday girl ini. ^_^

Tunggu apa lagi khenn.. Let's check it out the makananss!~
Haaa.. tengok tu. Serius gile okayh muka kalau tgh pilih mknn. Serius+pejam mata sebab rambang mata. Haha

Nama pun seafood buffet. Harus lah seafood ala-ala fresh yg menjadi menu utama. Tapi tapi... dorg tak masak tau.. Kite pun confuse mcm mana nak makan. Haha

Walaupun confuse...haruslah mencuba jugak kan. Kalau tak rugi lew bayor memahal tapi seafood nye x makan. Hehe. Okay jugak. Not bad tapi kite tekak melayu dgn korea, nak rasa yg marinate, pedas2, masin2. Yg ini rasa pure fresh segar bugar, cicah dgn mayo sedap lah jugak

Gambar 2 kat atas tu je pic seafood yg nak tunjuk. Sekarang kite nak spam gmbr2 makanan lain yg ada kat sini selain seafood2 tu. Ni appetizer and salad station, campur la apa jenis sayur bersama oil yg korg nak or suka

Yang ini salad yg dah campur bersama bread & cheese station


















Malay & Mamak cuisine station. (Ada satay, ayam tandoori, kari kepala ikan, asam pedas, dll)

Japanese cuisine station. Dalam erti kata lain...sushi. Huhu. Ada mee jugak kat situ, tapi tak tau nama laa.

Ni noodles station, ada macam2 jenis noodles atau mee n boleh masak pelbagai jenis masakan (kot). Request je nak mee ape kat chef on duty =)

Chinese cuisine station. Ada dimsum, pau, dumplings steam & goreng.

Italian cuisine station. Ada pizza! Dann... boleh request dkt chef ni utk masakkan pasta yg kite nak

Grilled station. Ada grilled salmon, grilled lamb chop, grilled chicken, beef stew, clams, etc

Dessert station..!! My feverettt.. Hehe. Tapi tak makan pun sebab dah kenyang. Rugi rugi rugi rugi rugi. Dah la dessert station dia sgt best. Nak tau apa lagi ada? Scroll bwh. Hehe

Jeng jeng!! Chocolate fountain koottt! Tapi sebab dah kenyang, tak rasa pun nak makan time tu. Ish. Rugi rugi rugi rugi rugi lagi..

Okay.. abc n cendol n kek slice2 pun ada kat sini ye tuan2 dan puans2

Habis dahh gmbr2 makanan. Ada banyak lagi tapi takkan nak sumbat semua kat sini pulak kan. Hehe. Sebelum kite bagi opinion ikhlas kite pasal makanan2 kat sini, izinkan sy untuk menepek sedikit gambar2 syok sendiri. Haha

Cakk! Dah puas jalan-jalan tengok makanan, muka excited nak try first bite. Nasib sedap! n ada creamy potato skin yg kite suka! (saya gila kentang/potato). Ouh, sila abaikan jerawat di dagu sy, itu nama nya jerawat birthday. Heh

Eh, sempat lagi selpie2 khenn. Haha

Tadi kan dah cite time pegi ni beseday kite. Of course lah kite dapat hadiah kan. Haha! Happy gila dapat hadiah besar ni! Sy putar lagi Halim... wang besar! wang besar! XD

Ok dah dah. A cup of tea to end our meal for the night

Okayy... last but not leasttttt.... this is my opinion about this please ya. Untuk yg suka makanan yg fresh ataupun suka makan udang besor2 yg fresh cicah mayonaise, so this is the place. Inilah tempat nya. Makan lah byk mana nak makan, xde org pun tengok sbb semua busy makan. Walaupun tempat ni sebenarnya agak pricey or mahal, mmg penuh sgt org makan kat sini n bunyi bising mcm dkt pasar pulak. Hehe. Ada juga hidangan yg dimasak, yg dh masak tu serious sedap tapi sbb terlampau byk sgt mknn, jadi sume benda rasa sikit2 je. Lagi 1, kalau jenis makan sikit, tempat ni confirmlah tak sesuai utk anda hokayh? Kite ni yg jenis perot tong besar, selalu mkn byk, tapi kat sini makan alahai sikit sgt pulak. Tak sampai suku daripada masakan2 yg ada kat sini. Jadi..tepuk dada tanya selera, tepuk poket tanya...?? Haha.

 Of course eating here is one of my great experiences but I won't come here for the second time. It's not about the food, it's about how I suddenly lost my appetite when I see a looooottttttt of food. That makes me full already, all of sudden. Haha 

Untuk yg berminat nak try seafood buffet or buffet2 yg lain kat sini, boleh check out link ni https://www.shangri-la.com/kualalumpur/shangrila/dining/restaurants/lemon-garden-cafe/book-a-table/

Till then, see ya! =)


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)